Terdapat
tiga jeti bot yang menjadi tempat untuk menaiki bot untuk menuju ke pulau-pulau
yang terdapat di delta Sungai Kelantan seperti Pulau Renjuna, Pulau Beluru,
Pulau Seratus, Pulau Suri dan banya lagi.
Jeti
bot tersebut ialah Jeti Kuala Besar dan Jeti Medan Ikan Bakar yang terletak di
jajahan Kota Bharu. Manakala satu lagi jeti ialah Jeti Kok Majid yang terletak
di jajahan Tumpat.
Jeti
Kok Majid dan Jeti Kuala Besar adalah jeti awam yang digunakan untuk penduduk
kampung kepulauan dan pengusaha bot penambang.
Manakala
Jeti Medan Ikan Bakar pula lebih kepada jeti untuk pelancong melawat kawasan
kepulauan dan aktiviti laut seperti memancing dan sebagainya.
Terdapat
beberapa jenis perkhidmatan bot, termasuk jenis mewah yang membawa pelancong
bersiar-siar dan memancing. Ia boleh dikategorikan sebagai perkhidmatan sewa
khas, berbanding perkhidmatan bot di Jeti Kuala Besar dan Jeti Kok Majid yang
termasuk ‘pengangkutan awam’.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi nombor 018-9168876.
No comments:
Post a Comment