Pantai
Tanjung Balau, Kota Tinggi cukup terkenal. Panorama indah yang amat mengagumkan
telah melonjakkan nama Tanjung Balau yang terletak kira-kira 74 kilometer (km)
dari bandar raya Johor Bahru sebagai lokasi pelancongan utama di Johor.
Tiupan
angin sepoi-sepoi bahasa Laut China Selatan yang indah menghasilkan irama
lautan yang amat mengasyikkan.
Keindahan
tarikan pelancongan yang terletak di daerah Kota Tinggi, Johor itu
pastinya menggamit perhatian sesiapa sahaja untuk berkunjung ke situ.
Kompleks
Tanjung Balau merupakan salah satu produk dan destinasi pelancongan
yang dibangunkan dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan
Johor Tenggara (KEJORA).
Keindahan
pantai yang menghadap Laut China Selatan menjadi tarikan utama Kompleks Tanjung
Balau selain pelbagai kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung termasuk
tapak perkhemahan, tandas, bilik bilas, kedai makan dan surau.
No comments:
Post a Comment