Saturday 13 January 2024

KAMPUNG BUNA DARA, YARING PATTANI

 
Bahagian Selatan Thailand majoriti penduduknya berbangsa Melayu beragama Islam. Dialek percakapan mereka adalah Melayu Kelantan atau Kedah mengikut mana yang dekat.
 
Salah satu kampung yang menarik ialah Kampung Buna Dara, Yaring, Pattani. Kampung ini merupakan perkampungan nelayan. Ia terletak dekat dengan Pantai Teluk Kapur atau nama Siam adalah Talo Kapo.
 
Selain tarikan kampung nelayan, ia juga dikenali sebagai kawasan pelancongan bakau. Pelancong akan dibawa menaiki bot untuk memasuki kawasan paya bakau yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna. 

Ciri keunikan perahu di Kampung Buna Dara ialah diukir cantik dan dicat dengan warna-warna terang. Pemandangan ini hampir sama seperti yang terdapat di Kampung Tanjung Kuala, Pulau Gajah, Kota Bharu, Kelantan.


No comments:

Post a Comment