Pemandangan Gunung Kinabalu “penuh”
kelihatan amat jelas jika ada berada di Kota Belud yang terletak kira-kira 60
kilometer antara kedua-duanya. Pemandangan dari Kota Belud melihat Gunung
Kinabalu berbanding tempat-tempat lain seluruh Sabah.
Pengalaman melihat Gunung Kinabalu dari
arah Kota Belud amat menakjubkan. Jadi, jika anda masih mencari-cari tempat
atau sudut yang sesuai, Daradaat View, Ratau menawarkan pilihan yang terbaik.
Berada di Daradaat View bukan sahaja dapat
melihat pemandangan indah Gunung Kinabalu, tetapi juga pakej menarik untuk
melakukan aktiviti riadah, mandi sungai, berkemah, ATV, pelampung, jambatan
gantung, memanah dan banyak lagi.
Lokasinya hanya mengambil masa kira-kira 15
minit memandu kenderaan dari pekan Kota Belud. Amat sesuai untuk aktiviti
berkeluarga, mahupun tempat latihan membina kumpulan.
Kawasan yang luas dan selesa menjanjikan
kepuasan yang maksimun.
No comments:
Post a Comment