Pembakaran mercun sinonim setiap kali
sambutan Tahun Baru Cina. Amalan itu berakar umbi daripada legenda Cina lama.
Kisahnya, seekor binatang raksasa purba
dikenali sebagai “Nian” akan bangun setahun sekali pada tahun baru untuk
membuat huru-hara di Tanah Besar China.
Nian akan memusnahkan harta benda, memakan
ternakan dan juga menyerang anak-anak penduduk, dan tercedera sekiranya terkena
cakarnya.
Kerana ketakutan, penduduk kampung akan bersembunyi di pergunungan sehingga Nian meninggalkan kawasan itu.
Pada suatu hari, seorang lelaki bertekad
untuk menakutkan nian, dan tampil memberanikan diri untuk menentangnya.
Cara yang dilakukan ialah menghiaskan
sebuah rumah dengan kertas merah dan lilin serta memasang mercun dan bunga api
siang dan malam, menyebabkan “Nian” takut dengan bunyi dentuman yang kuat.
Setiap tahun selepas itu, untuk memastikan
kampung mereka selamat dan maju, penduduk kampung memasang sepanduk merah,
menyalakan tanglung yang terang, dan menyalakan mercun yang bising. Begitulah
asal perayaan Tahun Baru Cina mengikut legenda lama.
Selain untuk menghalau raksasa Nian, mercun
turut dipasang bagi upacara Bai Tian Gong, yakni upacara menyembah Dewa Syurga.
Upacara ini dilakukan pada hari ke-9 selepas Tahun Baru Cina.
Kerana ketakutan, penduduk kampung akan bersembunyi di pergunungan sehingga Nian meninggalkan kawasan itu.
No comments:
Post a Comment