Alternator atau pengulang-alik ialah komponen kenderaan
yang bertindak sebagai penjana tenaga elektrik. Ia menukarkan tenaga mekanikal
daripada enjin kepada tenaga elektrik untuk membekalkan kuasa kepada sistem
kenderaan seperti lampu, radio dan pendingin hawa serta mengecas semula bateri
kereta semasa enjin dihidupkan.
Ia berfungsi seperti "loji tenaga" kecil yang
membekalkan arus elektrik berterusan untuk komponen elektronik semasa kereta
dipandu.
Memastikan bateri sentiasa penuh supaya ia mempunyai kuasa
yang mencukupi untuk menghidupkan enjin pada permulaannya.
Jika komponen ini mula gagal berfungsi, kereta mungkin akan
mengalami beberapa simptom seperti lampu amaran bateri berbentuk segi
empat di papan pemuka menyala, lampu hadapan malap atau berkelip-kelip.
Tanda lain ialah bateri kerap lemah walaupun bateri masih
baharu, bunyi berdengung yang luar biasa dari ruang enjin dan komponen
elektrik lain seperti penghawa dingin dan radio tidak berfungsi dengan
stabil.
Antara faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kerosakan
alternator kereta rosak dengan lebih cepat seperti enjin dibiarkan melahu
(idling) dan dalam masa yang sama pelbagai aksesori kereta seperti radio
digunakan, ia boleh meningkatkan bebanan alternator sekali gus meningkatkan
risiko haus dan lusuh dengan lebih cepat.
Kereta yang dilengkapi dengan pelbagai aksesori kereta seperti
unit GPS, tempat duduk ada kesan panas dan urutan, cermin automatik, pintu
automatik dan lain-lain terdedah kepada risiko alternator rosak yang lebih
tinggi.
Kesemua item elektrik ini perlu dikuasakan oleh alternator
sekali gus meningkatkan bebanan yang perlu ditanggung.
Alternator kereta terletak di bahagian bawah enjin. Lokasi
ini terdedah kepada risiko kerosakan disebabkan oleh air dan garam. Kedua-dua
elemen ini boleh masuk ke dalam alternator dan menyebabkan kerosakan
alternator.

No comments:
Post a Comment