Monday, 4 July 2022

KUIH SERUNAI TERKENAL DI KELANTAN

 
Kuih serunai terkenal di Kelantan. Dinamakan kuih serunai disebabkan kelosong daun pisang dibentuk seperti serunai. Nama lain kuih serunai ialah tepung pasung.

Kuih serunai ada dua lapis. Lapis bawah diperbuat daripada tepung beras yang dimasak bersama gula, nise kerek (gula melaka), tepung ubi dan sedikit air kapur.

Manakala bahagian atas pula tepung beras yang dimasakkan dengan santan.



No comments:

Post a Comment