Islam
menentukan turutan atau susunan dalam memberi nafkah dan juga sedekah. Selepas
diberi keutamaan kepada diri sendiri dan isteri, urutan seterusnya ialah anak,
bapa, ibu, cucu, datuk, saudara dan ahli-ahli keluarga berikutnya.
Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang menegaskan: “Mulailah
dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk
isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan
lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan
dan kiri kamu” (Riwayat Muslim dan an-Nasai)
Berkata
Imam an-Nawawi mengulas hadis ini, di antara kesimpulan dari hadis ini ialah
hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis).
(Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah
Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
No comments:
Post a Comment