Wednesday, 13 July 2022

BURUNG KASUARI TELUR BERWARNA HIJAU

Kasuari (Casuarius spp.) sejenis burung yang tidak dapat terbang (seperti burung unta dan emu). Menariknya, telur kasuari mempunyai telur berwarna hijau. Warna hijau itu memberi kebaikan kerana ia boleh dijadikan penyamaran semula jadi untuk mengelak daripada pemangsa.

Kasuari betina akan bertelur dan kemudian akan meninggalkan telur itu untuk diramkan oleh kasuari jantan sehingga menetas dan seterusnya menjaga anak itu sehingga besar atau dapat berdikari.

Nama burung kasuari diambil dari bahasa Papua, yakni ‘kasu’ yang bermaksud bertanduk dan ‘wari’ yang bererti kepala. Di kepala burung ini ada bahagian berongga yang terhasil daripada keratin.

Burung kasuari ada tiga spesies, iaitu kasuari selatan (Causarius casuarius), kasuari utara (C. unappendiculatus), dan kasuari kurcaci (C. bennetti).

Kasuari selatan tinggal di Indonesia, timur laut Australia, dan selatan Papua Nugini. Habitat mereka di hutan hujan tropis yang lebat.

Kasuari selatan ini adalah burung berpenampilan prasejarah. Kepala dan lehernya biru tua dan punya pial merah cerah, juga bulunya hitam.

Kasuari selatan adalah burung tertinggi nomor tiga di Bumi setelah burung unta dan emu. Ketinggiannya boleh mencecah enam kaki. Beratnya pula boleh mencecah sehingga 70 kilogram.

Burung kasuari tidak boleh terbang sama seperti burung unta, emu, dan sebagainya. Sebagian besar kasuari adalah pemakan buah-buahan yang gugur ke tanah, selain serangga kecil dan sederhana.


No comments:

Post a Comment