Thursday 18 June 2020

BESAR ERTI BERSYUKUR MEMBUAT HIDUP JADI INDAH


Semoga Sahabatku  sekeluarga dirahmati diberkati diberi kesihatan yang baik umur panjang dalam kebaikan dipermudahkan segala urusan, diredai oleh Allah SWT dan mandapat kebahagiaan di akhirat.

Sahabatku....
Rasa syukur
Membuat hidup kita menjadi indah

Rasa syukur
Membuat yang sedikit terasa cukup dan berkah

Rasa syukur
Mengubah masalah yang kita miliki menjadi hikmah yang bernilai

Rasa syukur
Mengubah kegagalan menjadi pelajaran berharga

Rasa syukur
Mengubah kekeruhan suasana menjadi kejernihan

Rasa syukur
Mengubah yang tidak nyaman menjadi menyenangkan

Rasa syukur
Mengubah penolakan menjadi penerimaan

Rasa syukur
Mengubah kebencian dihati menjadi kasih sayang

Rasa syukur Menciptakan kedamaian dan ketenangan hati

Rasa syukur
Menjadikan masa sekarang indah dan menggembirakan

Bila hati dipenuhi rasa syukur
Hidup menjadi selalu indah
Ketaatan menjadi manis dan ikhlas..

Sahabatku berjuanglah mencari hidayah cinta dan reda Allah SWT

Wednesday 10 June 2020

AIR TERJUN SUNGAI KOOI TAMAN NEGARA BELUM

Air Terjun Sungai Kooi merupakan salah satu air terjun yang dikenali sebagai "shower waterfall". Kabus daripada titisan Air Terjun Sungai Kooi menghadirkan rasa dingin dan segar. Tambahan pula air terjun ini berada dalam belantara tebal iaitu Hutan Royal Belum di Gerik, Perak.

Jika kebanyakan air terjun dikaitkan dengan kolam dan sungai di mana air jatuh, ia berlainan dengan Air Terjun Sungai Kooi kerana tiada kolam di bawahnya. Yang menyambut air terjun hanyalah batu-batuan.

Air Terjun Sungai Kooi merupakan salah satu lokasi air terjun yang wajib dilawati oleh pelancong sekirangan datang ke Taman Negara Royal Belum, Gerik, Perak.

Untuk ke Air Terjun Sungai Kooi, pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Tasik Banding mengambil masa kira-kira satu jam. 

Selepas itu, perngunjung perlu berjalan kaki sekitar 30 minit. Sepanjang perjalanan itu pengunjung akan melalui jalan yang berbatu, merentasi anak sungai dan disajikan dengan pemandangan hutan tropika yang indah dan luar biasa.

Hutan Royal Belum dipercayai berusia lebih 130 juta tahun, lebih tua daripada hutan hujan Amazon di Amerika Selatan dan hutan Congo di Afrika Tengah.

Desiran angin sepoi-sepoi bahasa di antara pelbagai jenis pokok, kicauan pelbagai spesies burung dan sesekali suara riang-riang bersahut-sahutan, sudah cukup mendamaikan.

Untuk tiba di air terjun ini, setiap pelancong atau pelawat perlu meredah hutan, menuruni lurah dan mendaki tanah tinggi. Namun ia bukanlah satu cabaran besar kerana hampir semua laluan ke lokasi disediakan tali, jadi sangat mudah untuk sampai ke lokasi.

Setelah sampai di lokasi Air Terjun Sungai Kooi, anda pasti akan seronok melihat pemandangan sekitar yang sangat menakjubkan.

Biarpun air terjun itu tidak deras, dengan kedudukannya yang agak tinggi, kira-kira 50 meter, membuatkan tumpahan air terjunnya sangat menarik, ditambah pula apabila dipanah cahaya mentari.

Air terjunnya yang jatuh umpama titisan air hujan dan apabila ditembusi cahaya menjadikannya umpama mutiara berguguran.

Jika ada angin yang bertiup, sesiapa yang berada berhampiran, pasti akan merasai tempias air terjun ini.