Thursday, 29 May 2025

KEBAIKAN SISTEM REBAN AYAM TERTUTUP

 
Antara transformasi sektor ternakan ayam yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan sistem reban tertutup.
 
Antara kelebihan reban tertutup ialah kawalan persekitaran yang sihat tanpa pencemaran bau dan lalat berbanding dengan sistem reban terbuka. Proses tumbesaran ayam juga lebih cepat.
 
Biarpun kos penyediaan sistem reban tertutup agak mahal berbanding reban terbuka, untuk jangka panjang ia memberi pulangan yang baik.
 
Reban ayam tertutup bukan sahaja keadaannya tertutup, tetapi juga dilengkapi dengan dengan peralatan sistem kawalan suhu dan kelembapan.
 
Dengan integrasi ternakan yang menggabungkan teknologi moden dalam infrastruktur, ayam boleh mencapai berat 2.4 kg dalam masa antara 32 dan 35 hari, berbanding antara 38 dan 42 hari sekiranya ternakan dilakukan secara terbuka.
 
Sistem reban tertutup mempunyai penapis udara dan kipas besar bagi pengawalan aliran udara, suhu dan bau, serta penutup atau jaring bagi menghalang kemasukan lalat ke dalam reban.
 
Kawalan suhu dan kawalan kelembapan adalah penting bagi proses pembesaran ayam.
sistem kawalan suhu digerakkan secara separa-automatik,
 
Jika suhu dikawal antara 24 dan 28 darjah Celsius, dan dengan kelembapan yang selesa, ayam akan mencapai berat 2.4 kg dalam masa antara 32 dan 35 hari.
 
Semakin sejuk suhu, semakin elok untuk pembesaran ayam.
 
Bau yang dikawal juga dapat menghindarkan kehadiran lalat, dan lapisan jaring yang dipasang di kipas besar, akan menghalang kemungkinan kemasukan lalat.
 
Najis ayam itu pula dijadikan baja kompos yang boleh mendatangkan pulangan lumayan kerana ia adalah ibarat "emas hitam".