Sunday 1 March 2020

MENTERNAK TIRAM DALAM SANGKAR


Tiram yang hidup secara semulajadi sukar untuk ditemui sedangkan permintaan terhadapnya tinggi. Justeru, cara untuk mendapat bekalan tiram secara tetap dan mudah ialah dengan menternaknya di dalam sangkar.

Diakui menternak tiram bukanlah sesuatu yang mudah kerana perlu memahami secara mendalam mengenai keperluan bagi memastikan hidupan air itu mampu hidup di dalam air tawar.

Penternak perlu mempelajari teknik penternakan tiram bermula daripada mengenali cara memelihara benih tiram yang amat sensitif. Ini bagi memastikan benih tiram itu terus sihat dan membesar.

Cabaran menternak tiram, katanya, perkara paling utama ialah memastikan kualiti air tidak tercemar kerana haiwan itu memakan plankton yang hidup di dalam air secara semula jadi.

Selain itu, kebanyakan kerja lain ialah memastikan anak tiram yang masih kecil tidak diserang ketam dan sentiasa membersihkannya daripada teritip yang biasa melekat di cengkerangnya.

Perkara paling penting ialah air sungai ini tidak dicemari bahan kimia kerana ia mengakibatkan plankton yang menjadi makanannya mati dan selain itu, hidupan ini juga memerlukan air sesuai untuk terus hidup.

Sebiji tiram mencapai tempoh matang untuk dijual mengambil masa antara tujuh bulan hingga setahun dengan harga pasaran boleh mencecah RM5 sebiji.

Permintaan tiram di pasaran juga agak tinggi terutama bagi memenuhi permintaan pemain industri hotel tempatan dan restoran makanan laut. Jadi, penternak tiram tidak berdepan masalah untuk memasarkannya, bahkan bekalan sering tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan.

No comments:

Post a Comment