Tuesday 23 February 2021

PELIHARA ANGSA BERI KEUNTUNGAN LUMAYAN

Angsa (Cygnus spp atau Coscorba spp) adalah haiwan dari keluarga Anatidae yang sama dengan haiwan seperti itik. Angsa terdapat banyak jenis yang terdapat di seluruh dunia. Namun, jenis yang banyak terdapat di Malaysia adalah jenis angsa putih dan angsa kelabu.

Angsa merupakan sejenis haiwan yang sangat tahan dari serangan penyakit berbanding dengan ternakan unggas yang lain. Angsa memang sinonim dengan air kerana habitatnya memang perlukan air.

Penternakan angsa tidak asing di Malaysia, terutama di kampung. Namun, jumlah yang diternak biasanya tidak banyak. Biasanya diternak bersama-sama itik dan ayam kerana cara pemakanan adalah sama. 

Antara punca angsa tidak banyak diternak kerana harganya agak mahal. Hanya mereka yang minat dan melihat potensi harganya sahaja akan membeli dan memeliharanya.

Seekor angsa kelabu jantan boleh mencecah harga RM200 seekor. Manakala yang betina pula RM150 seekor. Harga anak angsa berumur 1 hingga 2 minggu sudah mencecah RM70 seekor.

Biarpun harganya jauh lebih mahal dari ayam dan itik, permintaan terhadap angsa agak tinggi sehingga melebihi penawaran. Kepada mereka yang minat memelihara angsa boleh mendatangkan pulangan lumayan.

Angsa adalah jenis haiwan yang herbivore di mana mampu makan di daratan dan dalam air dengan menyudu tumbuhan, anak ikan, hidupan dalam air dan tumbuhan yang tumbuh di daratan.

Angsa adalah haiwan yang monogami di mana seekor jantan akan bersama dengan 2-3 ekor bentina dan setia dengan pasangannya beberapa tahun.

Angsa betina mampu bertelur selama 10 tahun di mana bilangan telurnya akan bertambah dari tahun ke tahun sehingga angsa itu tua.

Satu sifat pelik angsa ialah ketika mengeram telur. Ibu angsa ketika mengeram telur amat ‘tekun’ sehingga tidak keluar dari tempat pengeraman sehingga beberapa hari. Keadaannya amat lemah sehingga kelihatan sudah mati.

Jadi, diingatkan kepada penternak, jika ada angsa serang mengeram telur, letaklah makanan dan air berhampiran dengan sarang agar angsa dapat makan dan minum tanpa perlu meninggalkan telur yang diramkan.  

No comments:

Post a Comment