Wednesday 2 February 2022

MAKSUD SEMBANG KARI

 
Satu istilah bahasa pasar atau bahasa slanga yang kerap digunakan ialah ‘sembang kari’. Sembang kari kerap digunakan di kalangan golongan muda apabila bercakap sesama mereka.

Sembang kari bermaksud sembang atau memperkatakan sesuatu yang nampak hebat, tetapi hakikat sebenar sebaliknya. Apa yang disembangkan itu tidak benar dan tidak berasaskan kepada fakta.

Orang yang sembang kari memperkatakan sesuatu untuk menampakan dia hebat atau lebih tahu berbanding orang lain.

Sembang kari juga bermaksud tidak melakukan apa yang dicakapkan.  

Catatan:
Bahasa slanga menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai: kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazimnya digunakan dalam percakapan yang tidak rasmi.

Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku, tidak standard, berubah-ubah dan secara umum berbeza dengan kata kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.

No comments:

Post a Comment