Wednesday 16 February 2022

Harga biskut raya dijangka meningkat

Apabila telur naik harga, barang yang dibuat menggunakan telur pasti mendapat kesan. Antara yang dijangka akan naik harga adalah biskut raya. Kebanyakan biskut raya menggunakan banyak telur.

Banyak orang telah mengidam hendak sambut raya tahun ini dengan meriah setelah tahun sebelumnya disambut sederhana akibat PKP. Salah satu unsur kemeriahan sambutan ialah dengan pelbagai jenis hidangan dan kuih muih serta biskut.

Bahkan, pada bulan Ramadan ini, lauk dan kuih banyak yang menggunakan telur. Di Kelantan, kuih jala mas dan kuih tahi itik sepenuhnya menggunakan telur.

Sedangkan persiapan biskut raya telah bermula sejak Ramadan lagi. Ada juga yang membuat persiapan lebih awal lagi.

Jadi, pada Ramadan, penggunaan telur akan meningkat tinggi, yang pastinya akan turut meningkat adalah harga.

Oleh itu, isu kenaikkan harga telur dijangka memuncak pada Ramadan dan akan berlarutan hingga ke hari raya jika tidak ada usaha untuk menanganinya.

Sebagai pengguna, kita boleh membantu mengawal harga dengan mengurangkan penggunaan telur. Gunakan sekadar yang ‘wajib’ sahaja.

Teori permintaan dan penawaran, jika permintaan tinggi sedangkan penawaran kurang, maka harga akan meningkat. Sebaliknya, jika penawaran tinggi, sedangkan permintaan kurang, harga akan jatuh.

Jadilah pengguna yang bijak.

No comments:

Post a Comment