Saturday 26 September 2020

KUASA MISTIK MENGENAI KUCING


Ramai yang menyangka kucing tidak mempunyai apa-apa peranan dalam kehidupan kita. Kucing dianggap hanya sebagai binatang pemalas yang hanya tahu makan dan minum. Tanggapan anda itu salah!!!

Adakah anda tahu bahawa pada zaman sekarang lebih banyak orang memiliki kucing berbanding anjing? Tahukah anda apa misi dan tugas seekor kucing?

Di sini akan dirungkai beberapa tips rahsia seekor kucing yang belum anda ketahui.

Semua kucing mempunyai kuasa, secara harian untuk menyingkirkan kuasa negatif dari tubuh kita.

Sebaik sahaja kita tidur, kucing akan menyerap energi ini. Jika ada lebih banyak orang dalam satu keluarga dan hanya ada seekor kucing, kucing juga mampu menyerap semua lebihan energi negatif dari semua orang ini.

Ketika kucing tidur, badan kucing akan melepaskan energi negatif yang telah mereka serap dari kita. Jika kita terlebih stress, kucing akan mengambil lebih masa untuk melepaskan energi ini dan energi negatif ini akan menjadi lemak dalam badan kucing sehingga ia dilepaskan. Kita akan berfikir bahawa mereka gemuk, disebabkan makanan yang kita berikan!

Bagus untuk mempunyai lebih dari seeokor kucing di rumah, supaya beban untuk menyerap energi negatif dapat dibahagi sama rata antara mereka. 

Kucing juga akan melindungi kita di malam hari, agar tiada roh yang tidak diperlukan memasuki rumah semasa kita tidur.

Sebab itu mereka suka tidur di atas katil dengan kita. Dan jika mereka fikir kita baik-baik sahaja, mereka tidak akan tidur dengan kita pada malam itu.

Sekiranya ada sesuatu yang pelik berlaku di sekeliling kita, mereka akan terus melompat ke atas katil untuk melindungi kita.

Jika ada orang yang berkunjung ke rumah kita, dan kucing merasakan bahawa ada ancaman atau benda buruk, kucing akan mengelilingi kita untuk melindungi kita. Kita harus la berwaspada. Sekiranya mereka berlari mendapatkan orang itu, mencium mereka dan ingin dibelai, kita tahu bahawa tidak ada perkara harus dibimbangi.

Jika anda tiada kucing, dan ada kucing jalanan memasuki rumah anda, peliharalah kucing tersebut, kerana anda sesungguhnya memerlukan kucing pada saat itu.

Kucing jalanan sedia membantu anda. Berterimakasih lah kerana rumah anda telah dipilih oleh sikucing untuk tujuan ini. Jika anda tidak boleh memelihara kucing jalanan tadi, carila tempat yang sesuai untuknya.

Kucing biasanya datang kepada kita secara fizikal tanpa sebab-sebab yang diketahui, dan di dalam mimpi  kita dapat melihat sebab kenapa kucing itu muncul seketika. Berkemungkinan ada hutang karma yang harus dibayar kembali kepada kita. Mereka mesti melindungi anda.

Oleh kerana itu jangan takut atau menakutkan kucing. Kerana ia pasti kembali kepada anda  untuk memenuhi tanggungjawabnya.

Kucing adalah makhluk yang comel, kasih mereka kepada kita sangat jujur. cuma mereka punya cara yang berbeza untuk menzahirkan kasih mereka.

Ajar anak kita untuk menyayangi kucing, kerana ia juga akan mendidik jiwa anak menyayangi dan menyukai perkara kebaikan lain.   

CATATAN: SOAL MISTIK INI ALLAH JUA YANG MAHA MENGETAHUINYA. SEMOGA IA TIDAK MEMBAWA KEPADA FAHAMAN SYIRIK DENGAN BERANGGAPAN KUCING MEMPUNYAI KUASA TERSENDIRI.

Wednesday 16 September 2020

DATA PERIBADI RAKYAT DILINDUNGI


Isu data peribadi bukanlah perkara ringan, tak kira di mana-mana negara pun. Sebab itulah kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau dikenali sebagai Akta 709 agar dapat kawal sejauh mana para pelanggan boleh dilindungi dalam dunia data kini.

Dalam Akta 709, ada 7 prinsip utama yang wajib diketahui oleh penyedia perkhidmatan (pengguna maklumat) dan para pelanggan. Kalau kita rasa penyedia perkhidmatan (pengguna maklumat) tidak ikut mana-mana di antara 7 prinsip yang digariskan, kita boleh buat aduan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesuruhajaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Jujurnya mana-mana penyedia perkhidmatan tidak boleh ambil data sesiapa sahaja tanpa persetujuan individu berkenaan. Justeru, kita kena jelas dan maklum mengenai tujuan dan kepentingan data peribadi kita diambil.

Maka itu, setiap orang diminta baca, fahami dan tandatangan (atau klik setuju) masa keluar notis atau Terma dan Penggunaan.

Kesimpulannya apa yang penting di sini adalah kita sebagai para pengguna yang kena jaga maklumat peribadi kita, lagi-lagi untuk pengguna media sosial tegar dan kelompok pengguna yang masih kurang faham bahawa dunia teknologi kita kini lebih bersifat data-driven (dipacu oleh data peribadi).

Data peribadi amat penting untuk mudahkan hidup kita dengan bantuan perkhidmatan dalam talian, selain dari dijadikan ‘bahan kajian’ untuk memudahkan para syarikat memahami tabiat pengguna dan pembeli.