Wednesday 16 September 2020

DATA PERIBADI RAKYAT DILINDUNGI


Isu data peribadi bukanlah perkara ringan, tak kira di mana-mana negara pun. Sebab itulah kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau dikenali sebagai Akta 709 agar dapat kawal sejauh mana para pelanggan boleh dilindungi dalam dunia data kini.

Dalam Akta 709, ada 7 prinsip utama yang wajib diketahui oleh penyedia perkhidmatan (pengguna maklumat) dan para pelanggan. Kalau kita rasa penyedia perkhidmatan (pengguna maklumat) tidak ikut mana-mana di antara 7 prinsip yang digariskan, kita boleh buat aduan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesuruhajaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Jujurnya mana-mana penyedia perkhidmatan tidak boleh ambil data sesiapa sahaja tanpa persetujuan individu berkenaan. Justeru, kita kena jelas dan maklum mengenai tujuan dan kepentingan data peribadi kita diambil.

Maka itu, setiap orang diminta baca, fahami dan tandatangan (atau klik setuju) masa keluar notis atau Terma dan Penggunaan.

Kesimpulannya apa yang penting di sini adalah kita sebagai para pengguna yang kena jaga maklumat peribadi kita, lagi-lagi untuk pengguna media sosial tegar dan kelompok pengguna yang masih kurang faham bahawa dunia teknologi kita kini lebih bersifat data-driven (dipacu oleh data peribadi).

Data peribadi amat penting untuk mudahkan hidup kita dengan bantuan perkhidmatan dalam talian, selain dari dijadikan ‘bahan kajian’ untuk memudahkan para syarikat memahami tabiat pengguna dan pembeli.

 

No comments:

Post a Comment