Mengeluarkan zakat fitrah hukumnya adalah
wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada
waktunya. Terdapat syarat, niat dan waktu menunaikan zakat fitrah yang perlu dipatuhi bagi memastikan zakat yang dikeluarkan itu sah dan diterima mengikut hukum.
Syarat- syarat
wajib zakat fitrah
- Islam dan merdeka.
- Mempunyai harta yang lebih daripada
keperluan untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya
dan malamnya. Yang dimaksud lebih itu ialah dari segi makanan, wang atau harta.
- Hidup pada waktu wajib zakat fitrah iaitu
hidup pada waktu bulan Ramadan dan awal Syawal (waktu selepas Maghrib pada
malam raya)
Sehubungan itu tidak wajib zakat fitrah ke atas orang-orang berikut:
- Orang yang mati sebelum terbenam matahari
pada akhir Ramadan.
- Anak yang lahir selepas terbenam akhir
Ramadan.
- Orang yang memeluk agama Islam sesudah
terbenam matahari pada akhir Ramadan.
Waktu
mengeluarkan zakat fitrah:
- Waktu harus – iaitu bermula dari awal bulan
Ramadan sehingga akhir bulan Ramadan.
- Waktu wajib – iaitu selepas terbenam
matahari pada akhir bulan Ramadan.
- Waktu afdal – iaitu selepas solat Subuh
pada hari akhir Ramadan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil
Fitri.
- Waktu makruh – iaitu selepas sembahyang
sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
- Waktu haram – iaitu selepas terbenam
matahari pada hari raya Aidil Fitri.
Jenis dan
kadar bayaran zakat fitrah:
- Jenis zakat yang dikeluarkan ialah
berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras, kurma, barli dan
gandum.
- Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang
Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram.
- Jumlah satu gantang itu adalah dari satu
jenis makanan asasi yang sama.
- Zakat boleh diganti dengan nilai wang bagi
makanan asasi berdasarkan pendapat mazhab Hanafi.
- Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari
semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan
penduduk Islam di sesebuah negeri.
- Zakat fitrah dikeluar di tempat tinggal individu berkenaan.
- Jika mengeluarkan zakat fitrah bagi diri orang bukan di bawah
tanggungan, maka perlu mendapat izin orang berkenaan.
Niat akad
zakat fitrah:
- Niat untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Taala.
- Niat untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Taala.
- Niat untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala.
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala.
- Niat bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Taala.
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Taala.
No comments:
Post a Comment