Sunday 22 March 2020

TANGGUNGJAWAB BERSAMA CEGAH WABAK PENYAKIT

Wabak penyakit melanda negara adalah ujian untuk semua. Setiap rakyat bertanggungjawab melakukan apa termampu untuk membendung wabak daripada terus merebak. Islam yang menganjurkan umatnya berikhtiar untuk mencegah wabak.

Allah SWT mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir, berusaha dan bertawakal. Oleh itu, setiap  usaha termasuk  rawatan perlu dilakukan dan mendahulu akal fikiran sebelum bertawakal kepada Allah SWT.

Sesungguhnya setiap penyakit ada penawarnya. Untuk mendapatkan penawarnya kena dilakukan sesuatu tindakan atau usaha. Berserah hanya kepada Allah SWT tanpa berusaha, itu bukan penawar penyakit. 

Oleh itu, kita perlu berusaha mencari ubat sebelum sesuatu penyakit itu merebak menjadi lebih buruk.

Ubat ini sebagai penyebab untuk menyembuhkan penyakit  dan  wasilah (perantara) sembuhnya segala  penyakit. Pada masa sama, banyakkan berdoa  kepada Allah SWT supaya  setiap penyakit dihidapi sembuh. 

Usaha dan ikhtiar ini tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Perbuatan tidak mahu mencegah wabak penyakit adalah perbuatan zalim terhadap diri sendiri dan orang lain. Kita ditegah memudaratkan diri sendiri dan orang lain dengan apa cara sekalipun.

Menjadi satu kesalahan besar sekiranya individu yang positif dengan virus, tetapi tidak berterus terang dengan perkara itu (penyakit) kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

Tidak diharuskan (haram) memudaratkan diri sendiri kerana Allah SWT berfirman yang maksudnya: "Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Allah SWT menegah hamba-Nya mencampakkan diri dalam kebinasaan. Firman Allah SWT bermaksud: “Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Sesungguhnya Allah SWT Maha Penyayang. Justeru Allah SWT menegah kita melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyebabkan mudarat dan lebih-lebih lagi menyebabkan kematian.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa, ayat 29 bermaksud: “Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.”

Saturday 14 March 2020

KUNDANG (PEMBANTU ISTANA) RAJA PERMAISURI AGONG PELUK ISLAM


Di hari Jumaat yang penuh barakah dan kemuliaan, suatu peristiwa penuh bersejarah telah berlaku di Surau Utama Istana Negara apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan menyaksikan dan mengendalikan pengislaman kundang (pembantu istana) baginda, Cik Christine.

Peristiwa penuh bersejarah itu disaksikan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB. Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan para pegawai Istana Negara.

Sejurus selepas Cik Christine mengucap Dua Kalimah Syahadah di hadapan Seri Paduka Baginda Tuanku, Tunku Hajah Azizah dilihat menitiskan air mata, terharu. Nama baharu Cik Christine adalah Nur Shakira.

Semoga Cik Nur Shakira terus istiqamah mendalami agama Islam dan berusaha menjadi muslimah yang kukuh akidah dan teguh peribadi.

Friday 6 March 2020

BAHAN BAHAYA DALAM UBAT KUAT LELAKI

Ramai lelaki berdepan masalah tenaga batin. Untuk mengatasi masalah tersebut, lalu dilakukan jalan pintas dengan mengambil atau mengamalkan makan ubat kuat atau ubat tenaga batin.

Perlu diingatkan, pengambilan ubat kuat untuk mengatasi masalah lemah syahwat dianggap tindakan sangat berbahaya sekiranya tidak mendapatkan nasihat pakar dalam bidang berkenaan.

Pesakit perlu merujuk pakar terlebih dahulu dan bukannya membeli ubat kuat di merata tempat yang kesannya boleh mengakibatkan maut.

Lelaki mengalami masalah mati pucuk tidak perlu berasa malu, sebaliknya perlu sedar ia adalah penyakit yang perlu dirawat. Jumpa dengan pakar sakit tuan untuk mendapat khidmat nasihat dan rawatan.

Tindakan secara tidak berperaturan seperti pengambilan ubat atau pemakanan yang tidak tepat boleh mengundang bahaya.

Apabila kita mencari ubat kuat itu membawa maksud kita buka ruang untuk diperdayakan. Ada pelbagai jenis ubat kuat dalam bentuk kapsul, minyak, pil, jus dan kopi. Kesemuanya mengandungi bahan kimia larangan.

Ia bukan sebarang kopi sebaliknya dicampurkan bahan kimia yang tidak ditulis kandungannya. Banyak sangat ubat kuat di pasaran sekarang macam cendawan tumbuh selepas hujan. Menjual ubbat kuat secara terbuka sekarang sudah macam perkara normal.

Masyarakat perlu ingat bahawa risikonya amat tinggi. Ibarat bermain dengan api kerana sekiranya tersalah makan boleh membawa maut.

Ada juga yang tidak mengalami penyakit lemah tenaga batin tetapi diri sendiri merasakan tak cukup power.

Mulalah gunakan ubat kuat untuk besar dan panjangkan zakar atau pun tahan lama ketika bersetubuh. Kadangkala ada juga mencari ubat kuat kerana sifat ingin cuba disebabkan mengetahui ada kawan-kawan menggunakannya. Boleh kata sebab suka-suka atau sekadar ingin mencuba.

Perkara paling utama untuk mengubah persepsi mengenai ubat kuat ialah kesedaran tentang bahaya dan rawatan cara yang betul. Untuk mengubati penyakit perlu berjumpa dengan pakar perubatan.

Sekarang terdapat kaedah selamat untuk mengubati atau meningkatkan kembali tenaga batin. Kita kena guna teknologi dan kemudahan moden yang ada bukannya mengambil ubat yang tidak pasti soal keselamatannya. 

Sunday 1 March 2020

MENTERNAK TIRAM DALAM SANGKAR


Tiram yang hidup secara semulajadi sukar untuk ditemui sedangkan permintaan terhadapnya tinggi. Justeru, cara untuk mendapat bekalan tiram secara tetap dan mudah ialah dengan menternaknya di dalam sangkar.

Diakui menternak tiram bukanlah sesuatu yang mudah kerana perlu memahami secara mendalam mengenai keperluan bagi memastikan hidupan air itu mampu hidup di dalam air tawar.

Penternak perlu mempelajari teknik penternakan tiram bermula daripada mengenali cara memelihara benih tiram yang amat sensitif. Ini bagi memastikan benih tiram itu terus sihat dan membesar.

Cabaran menternak tiram, katanya, perkara paling utama ialah memastikan kualiti air tidak tercemar kerana haiwan itu memakan plankton yang hidup di dalam air secara semula jadi.

Selain itu, kebanyakan kerja lain ialah memastikan anak tiram yang masih kecil tidak diserang ketam dan sentiasa membersihkannya daripada teritip yang biasa melekat di cengkerangnya.

Perkara paling penting ialah air sungai ini tidak dicemari bahan kimia kerana ia mengakibatkan plankton yang menjadi makanannya mati dan selain itu, hidupan ini juga memerlukan air sesuai untuk terus hidup.

Sebiji tiram mencapai tempoh matang untuk dijual mengambil masa antara tujuh bulan hingga setahun dengan harga pasaran boleh mencecah RM5 sebiji.

Permintaan tiram di pasaran juga agak tinggi terutama bagi memenuhi permintaan pemain industri hotel tempatan dan restoran makanan laut. Jadi, penternak tiram tidak berdepan masalah untuk memasarkannya, bahkan bekalan sering tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan.