Monday 7 June 2021

KISAH URUT BATIN PAK ITAM

 
Kisah urut batin memang hebat. Jangan pandang mudah perkara ini. Kisah mengenai Pak Itam dan Mak Itam yang tinggal di hujung kampung boleh diambil pengajaran. 

Pasangan Pak Itam dan Mak Itam tinggal berdua saja di sebuah rumah yang agak terpencil di hujung kampung. Anak mereka seramai 10 orang semuanya sudah berkeluarga dan tingggal di tempat lain. Anak-anak ada juga mempelawa Pak Itam dan Mak Itam tinggal bersama, tetapi mereka menolaknya dengan baik.

Pak Itam dan Mak Itam ada kemahiram mengurut batin. Maka banyaklah yang datang mendapat rawatan untuk memulihkan tenaga batin.  

Macam-macam orang yang datang, tidak kira muda dan lebih-lebih lagi yang sudah tua. Ada juga yang kaya dan berpangkat datuk. 

Pak Itam akan memberi khidmat urutan kepada lelaki dan Mak Itam pula membantu yang wanita. Jadi tidak timbul soal masalah batasan aurat dalam melakukan proses urutan batin itu. Ada bilik khas yang disediakan untuk proses urut batin.

Pak Itam dan Mak Itam masih sihat dan bertenaga. Kehidupan mereka sederhana dan amat disayangi oleh penduduk kampung dan juga mereka yang datang mendapat bantuan urut batin dengan mereka. 

Pelanggan urut batin dengan Pak Itam dan Mak Itam biasanya tidak segan-segan untuk menceritakan permasalahan mereka. Itu memang perlu bagi membolehkan Pak Itam dan Mak Itam lebih mudah mengetahui apa yang perlu dilakukan. 

Kebanyakan pelanggan Pak Itam dan Mak Itam akan datang berulang-ulang kali untuk betul-betul kembali bertenaga, terutama mereka yang mengalami masalah yang telah kronik.  

Pelanggan Pak Itam dan Mak Itam pasti berasa puas kepakaran mereka memulihkan tenaga batin.

Tetapi, ada juga di kalangan pelanggan Pak Itam dan Mak Itam sebenarnya tidak ada masalah tenaga batin. Mereka normal dan dapat melaksanakan tugas sebagai suami mahupun isteri dengan sempurna.  

Namun, mereka berjumpa dengan Pak Itam dan Mak Itam untuk tingkatkan prestasi tenaga batin masing-masing. Mereka ghairah cerita kuat main selepas dapat urut batin dari Pak Itam atau Mak Itam.

Ada juga yang datang untuk mendapat petua dan amalan untuk terus kekal sihat. Amalan dan petua orang-orang dulu-dulu memang berkesan untuk hidup kekal sihat dan bertenaga biarpun usia telah meningkat.

Soal kesihatan batin jangan dipandang mudah kerana banyak pasangan bercerai kerana masalah itu. 

Untuk mengekalkan kebahagiaan keluarga, haruslah pasangan suami isteri menjaga dan mengekalkan keupayaan tenaga batin masing-masing sebagai tonik kebahagiaan hidup berkeluarga.  

1 comment:

  1. Boleh bg contact no tukang urut pak itam

    ReplyDelete