Monday, 7 June 2021

LAYAN NAFSU ADIK IPAR MALAM RAYA

Abang ipar layan nafsu adik ipar main malam raya. Biarpun tahu perbuatan itu haram dan dilarang Islam, namun gara-gara mengikut hasutan bisikan iblis dan syaitan ia tetap diteruskan. Hukum dunia pula, jika ditangkap dan sabit oleh mahkamah, boleh disumbat ke dalam penjara atau denda wang. Malu besar jika diketahi umum. 

Cerita layan adik ipar mudah masuk akhbar, televisyen dan media sosial. Wartawan media sosial paling gelojoh sebarkan berita sensasi. Masing-masing hendak jadi yang pertama sebar peristiwa menjadi tarikan orang ramai. Berita main dengan adik ipar malam raya pasti tular.  

Perbuatan layan adik ipar malam raya itu kira menyusahkan diri sendiri. Itu tidak termasuk bahaya mungkin akan terjadi. Padah besar perlu ditanggung akibat perbuatan itu.  

Namun, apakan daya aku. Aku kena juga layan kehendak adik iparku pada malam Raya Puasa atau malam Aidilfitri. Dia dah minta beberapa hari dulu. 

Mulanya aku kata tidak boleh, tetapi dia memaksa. Dia nak juga. Katanya, sekali main pun tidak apalah. Ia teringin dan ghairah sangat hendak rasai seperti kawan lain. Kawan dia kata seronok main.  

Paling aku tidak faham, isteri aku suruh main dengan adiknya. Dia tidak kisah asal adik dia puas. Katanya, layanlah kehendak adik sekali sekala. Lebih-lebih lagi malam raya untuk gembira.

Malam raya sepatutnya buat ibadat. Bertakbir, bertahmid atau setidaknya buat persiapan Aidilfitri. Tetapi malam Raya Puasa ini dosa pula yang dilakukan. Jauh sangat daripada apa dituntut agama.   

Dalam aku menolak, terfikir juga, apa salahnya. Aku pun boleh tumpang gembira sekali. Sudah lama aku teringin hendak main mercun. Peluang jangan ditolak. Kali terakhir main mercun kira-kira 10 tahun lalu. 

Tapi main mercun boleh dikira bala. Tidak kisahlah. Apa yang penting tahu jaga. Pasti perkara buruk boleh dihindarkan. Jangan lebih-lebih main sudahlah. Aku akan jadi abang ipar hebat. Bapa mertua pun tidak kisah aku main.  

Adik ipar aku memang bernafsu nak main mercun dan bunga api. Dia mendesak biarpun sudah berkali-kali aku nyatakan pada adik iparku bahawa membakar mercun mendatangkan bahaya.

Mungkin boleh sebabkan kecederaan dan maut. Tetapi dia tetap merengek hendak juga. Dah ramai yang putus jari, buta mata dan melecur. Mercun meletup di tangan. Hancur tangan dan menyebabkan cacat kekal. Menyesal tidak guna lagi.

Sebab itu, perbuatan itu dikira haram dan perlu dijauhkan oleh umat Islam. Berdasarkan kaedah fikah, sesuatu yang bahaya adalah diharamkan.Islam ingin umatnya selamat dari kecelakaan dan keburukan. Menjauhkan yang buruk itu wajib.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Manakala Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Membakar mercun membazirkan wang. Sepatutnya duit diguna untuk tujuan lain. Boleh disedekah kepada fakir miskin, anak yatim dan orang berjihad.  

Membelanjakan wang bukan pada tempatnya satu perbuatan boros yang didorong oleh syaitan. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhan.” (Surah al-Isra, ayat 27).

Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki atau mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Mereka yang menyimpan mercun juga boleh didakwa di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan atau memiliki barangan larangan. 

Jika sabit kesalahan, pihak yang terlibat boleh didenda tidak kurang dari 10 kali ganda dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan itu atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Berhati-hati dan beringat-ingatlah. Banyak kes kecelakaan mercun disebabkan orang dewasa tidak mengawai anak atau ahli keluarga masing-masing. Jangan kerana hendak bergembira, lain pula jadinya. Tragedi mercun merosakkan kemeriahan hari raya. 

Alangkah menyesalnya atas apa yang berlaku. Namun, yang terlanjur terjadi tidak boleh diundur lagi. Nasi sudah jadi bubur. Nasib badan tidak fikir panjang.

Biarlah kita tidak menunaikan kehendak anak atau saudara mara, asalkan kita tidak terjebak dengan perbuatan yang membahayakan. Memberi anak bermain mercun samalah memberi mereka sebutir bom. 

Ikutlah ajaran Islam yang melarang kita melakukan perkara bahaya dan membazir. Puasa melatih kita sikap takwa. Bersih diri daripada perbuatan ditegah. 

Ibadat puasa menjadikan fitrah, suci bersih. Tetapi, jika masih melakukan amalan ditegah, bermakna ibadat puasa belum sempurna atau tidak mampu jadi perisai atau penghalang melakukan keburukan. 

No comments:

Post a Comment