Monday 20 September 2021

CENDAWAN TAHI ANJING, BRIDAL VEIL MUSHROOM

 
Terdapat banyak jenis cendawan atau kulat. Salah satu kulat yang agak unik ialah kulat topi pengantin perempuan (bridal veil mushroom)). Nama saintifiknya, phallus indusiatus.

Dinamakan kulat topi pengantin kerana bentuk bahagian atas seakan-topi pengantin perempuan, dengan ada ‘skirt’ atau ‘gaun’ pengantin.

Nama lain ialah kulat buluh dan kulat tahi anjing. Dinamakan kulat tahi anjing kerana ia dipercayai berasal dari fangus atau benih yang terdapat di dalam tahi anjing.

Satu lagi kemungkian mengapa ia dipanggil kulat tahi anjing kerana baunya yang busuk kuat.

Mengikut panggilan sebahagian masyarakat di Sabah, cendawan ini dikenali dengan nama cendawan muni atau cendawan tahi ayam. 

Ia berbau busuk seperti tahi ayam. Untuk perhatian, cendawan ini mempunyai racun.

Jika anda menemuinya dalam kea segar, ia boleh dihindar dengan mudah tapi jika anda menjumpai yang dah kering kena beringat kerana ia akan mengeluarkan debu yang kekuningan atau warna koko.

Jika anda tersedut debunya atau kabusnya, ia boleh menyebabkan keracunan seperti pencemaran spora dalam darah melalui paru.

Pakailah pelitup separuh muka supaya tidak terhidu kabus cendawan ini kerana bahaya daripada cendawan ini sama dengan bahaya tahi burung merpati.

3 comments:

  1. Alhamdulillah
    Assalamualaikum.!!
    Mengikut panggilan sebahagian masyarakat di Sabah, cendawan ini dikenali dengan nama CENDAWAN MUNI atau CENDAWAN TAHI AYAM. Ia berbau busuk seperti tahi ayam. Untuk perhatian, cendawan ini mempunyai racun. Jika anda menemuinya dalam kea segar, ia boleh dihindar dengan mudah tapi jika anda menjumpai yang dah kering kena beringat kerana ia akan mengeluarkan debu yang kekuningan atau warna koko. Jika anda tersedut debunya / kabusnya, iaboleh menyebabkan keracunan seperti pencemaran Spora dalam darah melalui paru. Pakailah Mask supaya tidak terhidu kabus cendawan ini kerana bahaya daripada cendawan ini sama dengan bahaya tahi burung merpati.

    ReplyDelete
  2. terima kasih. maklumat ini telah ditambah kepada rencana.

    ReplyDelete