Tuesday, 23 June 2026

KETEGASAN SULTAN SERDANG KELIMA

 
Sultan Sulaiman Syariful Alam Shah (1879-1946) merupakan Sultan Serdang Kelima. Baginda menaiki takhta pada usia yang cukup muda iaitu sekitar umur 15 tahun bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Basyaruddin Syaiful Alam Shah.

Serdang merupakan salah satu negeri-negeri Melayu di Pantai Timur Sumatra, Indonesia.

Semasa zaman pemerintahan baginda itu, Kesultanan Serdang sebenarnya sudah mengakui penjajahan Belanda selepas Serdang tewas dalam misi Ekspedisi ketenteraan melawan Serdang dan Asahan yang dilancarkan oleh Belanda pada tahun 1865.

Selain itu, Kesultanan Serdang juga terpaksa menyerahkan wilayahnya iaitu Percut, Padang, Bedagai dan Denai kepada sekutu Belanda iaitu Kesultanan Deli.

Walaupun usianya masih muda dan berada di bawah pengaruh Belanda namun baginda tetap menuntut Belanda untuk menyerahkan semula wilayah Serdang yang telah diambil oleh Belanda itu.

Pada tahun 1882 pula, Belanda telah memaksa Sultan Sulaiman menyerahkan Senembah kepada Deli dan sebagai gantinya Deli akan menyerahkan kembali Denai kepada Serdang.

Sebenarnya wilayah Denai ini diperoleh oleh Serdang hasil kemenangan perang sekitar Mac, 1865 sebelum wilayah ini diserahkan kembali kepada Deli selepas kekalahan Serdang dalam perang dengan Belanda itu.

Disebabkan sikap baginda yang tidak suka kepada penjajah Belanda itu, maka Belanda telah meletakkan baginda dalam pemerhatian ketat antara tahun 1886-1889.

Sikap benci baginda kepada Belanda itu dapat dilihat berdasarkan satu surat daripada seorang Kontelir Belanda yang bernama de Kock.

Kredit penulis asal.


No comments:

Post a Comment