Cina
Kelantan tidak seperti kaum Cina di negeri-negeri lain kerana dialek komunikasi
percakapan harian mereka dalam loghat Kelantan di samping bahasa Hokkien.
Kebanyakan mereka berkulit sawo matang dan tidak menampakkan mereka sebenarnya
kaum Cina kerana perkahwinan campur dengan keturunan Thai.
Cina
Kelantan tidak pernah rasa terpinggir walaupun di sekeliling mereka adalah
orang-orang Melayu beragama Islam.
Proses
asimilasi kesenian dan kebudayaan tempatan mempengaruhi nama dan apa yang
mereka suka. Orang kelantan lebih suka memanggil Mek kepada wanita Cina
Kelantan dan mereka membahasakan diri mereka ambo.
Mereka
mampu membaca dan menulis tulisan jawi yang sesetengah anak Melayu kelantan
sendiri gagal memahirkan diri. Bagi Cina Peranakan yang mendapat pendidikan
dalam aliran Melayu mereka menggalakkan anak-anak mereka mampu membaca jawi.
Bagi
generasi terdahulu Cina Peranakan mereka tidak kekok memakai kain pelikat, kain
sarung, kebaya dan serban serta memakan sireh. Bahasa Kelantan mereka pekat dan
lancar. Karakter dan perwatakan mereka ada kalanya kelihatan lebih Melayu
daripada Melayu sendiri.
Mereka
suka budu dan ulam-ulaman sebagai makanan hidangan. Mereka juga makan nasi
kerabu, nasi berlauk dan nasi dagang. Mereka suka tapai ubi dan ketupat.
Dari
segi hiburan, mereka suka dikir barat, makyong, menora dan wayang kulit.
Keterlibatan mereka bukan sekadar pengikut, bahkan ada menjadi 'pemimpin'
persembahan seperti jadi tukang karut dikir dan dalang wayang kulit.
Orang
Cina di Kelantan telah diasimilasikan dari segi nama-nama yang digunakan
seperti Gan Awang, Tan Awang Besar, Lau Cheng San atau Che Hassan, Che Midah,
Mek Su dan nama-nama lain. Malah kalau berada di luar Kelantan, mereka lebih
bangga dikenali sebagai Oghe Kelate.
Di
kelantan, rata-rata kaum cina perempuan lebih selesa bersarung batik ketika
berada di rumah. Namun terdapat juga golongan yang lebih berusia memakai sarung
batik ketika menghadiri majlis-majlis keramaian.
Sekali
pandang tiada banyak perbezaan dengan kaum Melayu kecuali baju yang berlengan
pendek yang juga mempunyai identiti tersendiri. Pun begitu masih ada lagi
golongan tua yang berkebaya pendek yang tentunya nampak manis sekali.
Berkemban
dengan sarung batik selepas mandi bagi kaum wanita adalah pemandangan biasa
bagi kami Cina Kampung. Bagi kaum lelaki berkain pelikat tanpa baju adalah
'pakaian rasmi' semasa berada di rumah.
'Semutar'
ataupun kain lilit kepala merupakan eksesori yang biasa dipakai oleh kaum
lelaki semasa melakukan aktiviti harian seperti berkebun, menjaga lembu kambing
dan sebagainya.
Dari
segi cara makan dan makanan, orang Cina Kampung ini biasanya mengamalkan adat
yang lebih kurang sama dengan orang Melayu di mana mereka tidak menggunakan
sudu dan garpu semasa makan sebaliknya lebih suka terus menggunakan tangan
ketika menjamu hidangan.
Kadang-kala
terdapat juga keluarga yang akan bersela bersama keluarga di atas lantai
dan makan seperti mana yang orang Melayu melakukan.
Kepercayaan
masyarakat Melayu seperti melarang anak bermain di luar rumah pada waktu senja
dengan mengadakan pelbagai mitos, antaranya hantu bagi menakutkan anak, turut
menjadi amalan Cina Peranakan.
Mereka
yakin kepercayaan itu bertujuan memastikan anak-anak berada di rumah pada waktu
berkenaan supaya semua anggota keluarga dapat makan malam bersama.
Ramai
antara Cina Peranakan masih mendiami kawasan pesisir sungai kerana meneruskan
cara hidup sejak dulu iaitu bertani. Tidak ramai berpindah ke bandar kecuali
golongan muda yang memilih untuk mengubah taraf hidup sendiri.
No comments:
Post a Comment