Hadis bermaksud: "Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia, apabila hambanya
mengangkat tangan kapadanya, ia tidak akan menolak dengan tangan kosong"
(Riwayat Al-Tirmizi no: 3556, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani di dalam
Sahih al-Tirmizi).
Akan
tetapi, berbeza keadaan ketika doa disampaikan khatib semasa membaca khutbah
Jumaat.
Mengikut
riwayat, mengangkat tangan semasa berdoa di dalam khutbah Jumaat bagi khatib
bukanlah sunah. Sebaliknya, sudah memadai bagi khatib sekadar menunjuk dengan
menggunakan jari telunjuk.
Malah
para sahabat mengutuk khatib mengangkat tangan ketika berdoa semasa membaca
khutbah.
Imam
Muslim telah meriwayatkan: "Dari Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn
Marwaan ketika di atas mimbar mengangkat tangan dan berkata: “Semoga Allah
menjadikan hodoh kedua-dua tangan.
“Aku
melihat Rasulullah tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan
tangannya dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya." (Hadis riwayat
Muslim)
Manakala
dalam Abu Daud pula: "Dari Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan
ketika di atas mimbar mengangkat tangan apabila melakukan doa pada hari Jumaat,
dan berkata:
“Semoga
Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah tidak menambah
apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya' dan mengisyaratkan dengan jari
telunjuknya."
Berkata
Imam al-Nawawi di dalam mensyarah hadis ini: “Ini menunjukkan adalah sunnah
tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan
lain-lain.
“Di
dalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadis ini menunjukkan bahawa
makruh mengangkat tangan dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.”
Jemaah juga tidak digalakkan mengangkat tangan semasa khatib membaca doa,
kerana makmun (yang mendengar khutbah) adalah mengikut imam (khatib).
Akan
tetapi jika Imam berdoa agar diturunkan hujan pada hari Jumaat semasa beliau di
atas mimbar, maka adalah menjadi sunnah mengangkat tangan dan begitu juga
keadaan makmunnya, disunatkan mengangkat tangan.
Syiekh
Ibn Utsaimin mengatakan bahawa dibolehkan mengangkat tangan jika khatib sedang
mendoakan agar diturunkan hujan (istisqaa) di mana Rasulullah pernah mengangkat
tangannya ketika berdoa kepada Allah meminta hujan semasa khutbah Jumaat, dan
dilaporkan bahawa makmum juga turut mengangkat tangan.
Menurut beliau, di dalam situasi lain tidak disunatkan mengangkat tangan semasa
khatib menyampaikan khutbah. [Fataawa Arkaan al-Islam, ms 392].
Beberapa
ulama mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan orang-orang yang bersolat
mengangkat tangan mereka bagi mengaminkan doa imam, dan disebut oleh Ibnu
Abidin sesungguhnya jika mereka melakukannya maka mereka dosa ke atas yang
sahih.
Begitu
jugalah halnya kepada mereka yang mengangkat tangan mereka ketika imam duduk di
antara dua khutbah.
Berdoa
di dalam khutbah Jumaat adalah thabit dari Nabi SAW di mana ia mendoakan ke
atas mukminin dan mukminat.
Di
dalam Fatwa no:6396, Faatwa Lajhah Daa'imah LilBuhtuth Al-Ilmiyah wa Al-Ifta'
(8/233) mengatakan bahawa menyebut 'Amin' pada doa tidaklah mengapa.
Berkata
Syiekh Abdul Aziz bin Baaz: "Mengangkat tangan tidak disyarakkan semasa
khutbah Jumaat atau khutbah Eid, sama ada imam atau makmum jemaah tersebut.
“Malah
apa yang disuruh adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut 'amin'
semasa imam berdoa, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri
mendengar)." (Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah
al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339)
Kesimpulannya ialah mengangkat tangan untuk berdoa semasa imam duduk antara dua
khutbah dan juga semasa imam membaca doa tidaklah terdapat di dalam syarak,
malah ulama mengatakan ia adalah perbuatan bidah.
Doa
boleh dibaca pada masa imam sedang duduk di antara dua khutbah dengan secara
perlahan tanpa mengangkat tangan dan 'amin' boleh dibaca secara perlahan semasa
imam membaca doa.
Pun
begitu, jika ada yang masih ‘degil’ meneruskan amalan yang biasa itu,
mengangkat tangan ketika khatib membaca khutbah, usahlah kita berbalah
mengenainya.
Begitulah juga jangan ‘dihina’ dan dipandang serong terhadap mereka. Apa yang
penting, kita perlu memberi tahu yang benar.
Sesungguhnya
dalam soal agama tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa mengikut apa yang benar.
Jika
dilakukan sesuka hati dan berdasarkan kepada apa yang kita fikirkan tanpa
berdasarkan apa yangditetapkan oleh al-Quran dan hadis, maka rosaklah agama.
Marilah
kita melakukan apa yang betul berdasarkan apa yang dikehendaki oleh agama.
No comments:
Post a Comment