Empangan
Pergau terletak di jajahan Jeli, Kelantan. Pembinaan empangan ini mula
dicadangkan pada 1960. Sejak itu kajian mengenai keberkesanan terhadap
penjanaan kuasa elektrik, alam sekitar, ekosistem dan penduduk sekitar
dijalankan.
Kerja-kerja
pembinaan dimulakan pada tahun 1994 dan disiapkan pada tahun 2000. Empangan ini
memulakan operasi pada tahun 2003 dan dirasmikan pada 2003 oleh Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra.
Stesen
jana kuasa elektrik yang dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad ini dinamakan
Stesen Janaelektrik Sultan Ismail Petra. Namun, dikalangan orang ramai ia lebih
dikenali sebagai Stesen Janaelektrik Pergau mengambil nama Empangan Pergau.
Stesen
kuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 150 MW
sebuah berjumlah 600 MW.
Kontrektor
utama projek ini ialah Kerjaya Balfour Beatty Cementation. Balfour
Beatty ialah sebuah syarikat pembinaan yang berpengkalan di England yang mempunyai
pengalaman luas membina empangan hidro di seluruh dunia.
Saiz
empangannya sangat kecil dan tidak memerlukan kawasan yang sangat luas tetapi
kuasa penjanaannya sangat tinggi kerana stesen hidro ini menggunakan sistem
terowong.
Itulah
sebabnya kos pembinaan jenis empangan hidro seperti ini sangat mahal berbanding
empangan biasa.
Selain
itu, dalam dunia tidak banyak kontraktor yang mempunyai kepakaran membinanya.
Luas
takungan Empangan Pergau sekitar 4.5 kilomter persegi. Keluasan tersebut amat
kecil jika dibandingkan dengan keluasan Empangan Kenyir seluas 3000 kilometer
persegi, Empangan Banding atau Empangan Temengor (200 kilometer persegi) dan
Empangan Bakun mempunyai keluasan 700 kilometer persegi.
Biarpun
keluasan takungan air Empangan Pergau sedikit, jumlah tenaga yang dihasil
melalui jana kuasa elektrik adalah paling besar iaitu sebanyak 600 MW,
berbanding Stesen Janaelektrik Kenyir 400 MW dan Stesen Janaelektrik Temengor
320 MW.
Penghasilan
tenaga elektrik di Pergau tinggi adalah kerana operasinya menggunakan sistem
terowong yang memberi tekanan lebih tinggi terhadap turbin yang mampu
menghasilkan lebih banyak tenaga.
Air
dikeluarkan melalui terowong Stesen Janaelektrik Pergau akan mengalir mengikut
Kampung Lawar seterusnya melalui Kampung Gunong atau Batu Melintang, seterusnya
ke Kampung Balah menuju ke Dabong.
Di
Dabong, aliran air akan memasuki Sungai Galas yang menjadi salah satu cabang
sungai yang akan mengalir ke Sungai Kelantan. Air Sungai Galas akan atau bergabung
dengan Sungai Lebir berhampiran dengan Kuala Krai. Cantuman Sungai Galas dan
Sungai Lebir seterusnya membentuk Sungai Kelantan terus mengalir sehingga ke Laut
China Selatan.
Air
dari Empangan Pergau yang dilepaskan melalui Stesen Janaelektrik Pergau hanya
menyumbang kira-kira 3 peratus kepada aliran Sungai Kelantan. Satu jumlah yang
amat sedikit berbanding dengan jumlah air dari tempat lain yang memasuki Sungai
Kelantan.
Jumlah
3 peratus itu adalah ketika hari-hari biasa. Dan, tentunya kadar tersebut
semakin mengecil ketika musim hujan yang mana jumlah air dari tempat lain
bertambah, sedangkan aliran dari Empangan Pergau tetap sama.
Jadi,
ada tidak tepat untuk mengatakan bahawa air dari Empangan Pergau menjadi punca
kepada kejadian banjir buruk di Kelantan.
Paling
tidak lojik dan tidak ada kaitan ialah apabila mengatakan banjir di Rantau Panjang
dan kewasan sekitarnya, termasuk di Tumpat berpunca dari pelepasan air dari Empangan
Pergau kerana air dari empangan tersebut tidak memasuki atau melalui Sungai
Golak yang menjadi punca banjir di kawasan berkenaan apabila air melepasi
tebing.
No comments:
Post a Comment