Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
melancarkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di
Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) 2023-2030.
Melalui pendekatan seperti ini, kita bukan
sahaja mempamerkan keseriusan dalam mengangkat penggunaan bahasa Melayu yang
baik, malah akan mengembangkan kelompok penuturnya di samping berpeluang
menunjukkan keindahan Bahasa Melayu kepada orang luar.
Bahasa ilmu boleh ditakrifkan sebagai
bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat mengungkapkan sesuatu konsep
dan pemprosesan ilmu. Jadi, adakah Bahasa Melayu berkemampuan menjadi bahasa
ilmu yang boleh digunakan di dalam pelbagai bidang ilmiah atau ilmu
pengetahuan?
Melalui sejarah kita boleh menjejak laluan
bahasa Melayu hingga ia menjadi bahasa pengantar dan bahasa yang digunakan
untuk mengajar pelbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi.
Melihat dari segi sejarah, bahasa Melayu di rantau ini pernah digunakan di dalam peradaban tinggi, di dalam istana dan di kota-kota di mana bahasa itu tersebar. Bahasa Melayu juga telah lama digunakan untuk mengungkapkan konsep-konsep dan proses-proses yang tinggi serta kompleks, terutama sekali di dalam bidang agama, falsafah, sastera dan budaya. Setelah tiga puluh tahun dirancang dengan begitu rapi, perkembangan yang positif di dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat di dalam bidang ilmiah.
Penggunaan bahasa Melayu di dalam bidang
sains sosial telah lama wujud, malahan lebih awal daripada zaman kegemilangan
kerajaan Melayu Srivijaya, Acheh dan Melaka. Malahan di dalam sejarah yang
mutakhir, pusat kebudayaan seperti Pulau Pinang telah banyak menghasilkan buku
untuk institusi pengajian tinggi dan akhbar diterbitkan. Bahasa Melayu telah
digunakan dengan banyaknya di dalam konteks agama, sastera dan budaya.
Ukuran kejayaannya tidak mudah dapat difahami kerana penggunaannya terhad kepada bidang-bidang itu sahaja dan tidak pernah dikembangkan ke bidang-bidang lain. Oleh itu, usaha menggunakan bahasa Melayu di dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan ini juga adalah jauh lebih mudah kerana bahasa tersebut telah lama digunakan untuk tujuan ini, walaupun tidak abstrak dan sukar berbanding dengan sains dan teknologi. Bahasa Melayu ilmiah ini dapat dilihat melalui beberapa ciri umum iaitu peristilahan, tatabahasa, laras dan lain-lain.
Para ilmuan, khususnya di pusat pengajian
tinggi dan profesional perlu lebih menguasai bahasa Melayu dan menggunakan
dalam urusan seharian agar kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh, diyakini dan
dihormati.
Melihat dari segi sejarah, bahasa Melayu di rantau ini pernah digunakan di dalam peradaban tinggi, di dalam istana dan di kota-kota di mana bahasa itu tersebar. Bahasa Melayu juga telah lama digunakan untuk mengungkapkan konsep-konsep dan proses-proses yang tinggi serta kompleks, terutama sekali di dalam bidang agama, falsafah, sastera dan budaya. Setelah tiga puluh tahun dirancang dengan begitu rapi, perkembangan yang positif di dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat di dalam bidang ilmiah.
Ukuran kejayaannya tidak mudah dapat difahami kerana penggunaannya terhad kepada bidang-bidang itu sahaja dan tidak pernah dikembangkan ke bidang-bidang lain. Oleh itu, usaha menggunakan bahasa Melayu di dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan ini juga adalah jauh lebih mudah kerana bahasa tersebut telah lama digunakan untuk tujuan ini, walaupun tidak abstrak dan sukar berbanding dengan sains dan teknologi. Bahasa Melayu ilmiah ini dapat dilihat melalui beberapa ciri umum iaitu peristilahan, tatabahasa, laras dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment