Kuih kapit telah lama digemari penduduk di
Malaysia dan negara jiran seperi di Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.
Kuih kapit juga dikenali dengan nama apit-apit dan sapit.
Kuih kapit dianggap kuih tradisi masyarakat
Cina. Namun, asal kuih kapit dikatakan dari Belanda, yang mula berkembang atau
mendapat sambutan di kalangan penduduk Indonesia ketika negara itu masih
menjadi tanah jajahan Belanda.
Kuih kapat dipercayai berasal dari wafer
roti telur Belanda. Di Belanda terdapat banyak jenis biskut termasuk biskut
wafer nipis yang mirip dengan kuih kapit. Banyak jenis pembuatan biskut dan kek
dipelajari orang Melayu melalui pengaruh Belanda dan Inggeris yang pernah
menjajah negara di Nusantara.
Mengenai kuih kapit, pembuatannya mula
diamalkan oleh kaum Cina di Melaka dan Pulau Pinang, kemudiannya disebarkan di
seluruh tempat. Kini kuih kapit digemari oleh semua kaum.
Pada masa dahulu, kuih kapit menjadi
hidangan pada sambutan hari raya dan majlis keraian besar sahaja. Namun,
sekarang ia sudah menjadi makanan ringan atau snek yang digemari sepanjang
masa.
Malah, kuih kapit kini dihasilkan dengan
pelbagai perisa dengan inti coklat keju, kacang kuaci dan macam-macam.
Walaupun kuih kapit mempunyai perisa, dari
segi pembuatannya ia masih dikekalkan dengan menggunakan bahan seperti tepung
gandum, telur, gula dan sebagainya.
Pembuatan kuih kapit perlu dilakukan dengan
teliti kerana selepas bancuhan tepung dituang ke dalam acuan, api perlu dikawal
dengan baik bagi mengelak kuih mudah hangus.
No comments:
Post a Comment