Pengusaha akuakultur tentu sekali mahu
optimumkan ruang yang ada untuk dapatkan hasil ternakan yang tinggi. Penternak juga
mahu kurangkan jumlah kos, tukaran air tanpa jejaskan kualiti air terutamanya
apabila sumber air terhad. Keadaan ini dapat dicapai melalui kaedah bioflok.
Apa itu bioflok? Sistem bioflok membolehkan
ternakan dilakukan pada kepadatan lebih intensif, kurangkan tukaran air, cegah
penyakit dan mendapatkan hasil lebih tinggi untuk kawasan ternakan yang terhad.
Teknologi penternakan kaedah bioflok menggunakan
prebiotik atau bakteria untuk menghuraikan ammonia naftrite yang kemudiannya
akan membentuk flok. Flok itu kemudian akan menjadi makanan ikan,
Kaedah itu tentu sekali menjimatkan makanan
yang perlu diberikan kepada ikan dan pada masa yang sama dapat memastikan
keadaan air sentiasa bersih yang sekaligus tidak perlu kerap menukar air.
Kaedah penternakan itu sesuai digunakan untuk
penternakan ikan air tawar seperti ikan keli, tilapia dan sebagainya.
Akuakultur, sebagai sebahagian penting
dalam industri makanan global, terus mengalami kemajuan teknologi yang signifikan.
Inovasi-inovasi terkini dalam teknologi akuakultur telah membuka peluang baru
untuk meningkatkan keberkesanan operasi, menjaga kelestarian sumber daya, dan
memenuhi permintaan makanan yang semakin meningkat.
No comments:
Post a Comment