Ini adalah Sachem, kapal "hantu"
berusia lebih 120 tahun, yang terbiar di Sungai Kentucky. Kapal ini dilancarkan
pada tahun 1902.
Sachem membuat penampilan sulungnya sebagai
kapal pelayaran mewah yang digunakan oleh ahli perniagaan dan peminat kapal
layar, John Rogers Maxwell.
Sachem kemudian bertukar menjadi kapal
perang pada masa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Thomas Edison
pernah menaikinya ketika menjalankan eksperimen pada zaman perang.
Semasa Perang Dunia Kedua, kapal itu menjadi
ketinggalan zaman berbanding dengan kapal-kapal baru lain.
Justeru, Sachem ditamatkan tugas sebagai
kepal perang dan sekali lagi diubah suai menjadi kapal persiaran. Ketika Sachem
menjadi kapal persiaran, ia telah membawa hampir 3 juta orang di sekitar New
York.
Ketika menjadi kapal persiaran, namanya
telah ditukar kepada Sightseer, dan kemudiannya ditukar sekali lagi kepada Circle
Line V.
Pada tahun 1986, kapal itu dibeli oleh Robert
Miller. Proses meindahkan kapal itu dari New York menyusuri Sungai Mississippi
mengambil masa 10 hari dan kemudian berlabuh di satu anak sungai.
Paras air menurun sehingga kapal itu
terperosok dalam lumpur. Miller tidak mempunyai dana untuk memindahkannya ke
tempat “selamat”. Jadi kapal itu kekal di sana dan tidak pernah belayar lagi.
No comments:
Post a Comment