Sunday 1 September 2024

KILANG SIMEN CHIKU 8

 
Kelantan bakal mengeluarkan simen apabila kilang simen di Chiku 8 beroperasi. Kilang tersebut dibangunkan oleh ASN Group melalui anak syarikat iaitu ASN Cement Sdn. Bhd. membabitkan pelaburan RM1.38 billion dengan usahasama antara Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan ASN Cement Sdn. Bhd.

Komponen pembangunannya merangkumi sebuah kilang pemprosesan simen di atas tanah keluasan 100 hektar bersama binaan tapak kuari (bukit batu kapur) yang dibahagi kepada dua plot iaitu 333 hektar untuk kuari tanah liat manakala 112 hektar untuk kuari batu kapur.

Pembinaan kilang ini dijangka membuka peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk tempatan dan seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Kelantan.

Gambar model kilang. 

No comments:

Post a Comment