Monday, 23 December 2024

SURINAME NEGARA PELBAGAI KAUM

 
Negara Suriname terletak di di Amerika Selatan yang bahagian utaranya adalah Lautan Atlantik dan bersempadan darat dengan Guyana, Guyana Prancis dan Brazil. Negara Suriname merupakan bekas jajahan Belanda yang merdeka pada tanggal 25 November 1975. Ibu negaranya, Paramaribo, terkenal dengan seni bina kolonial Belanda, dengan banyak bangunan kayu yang memberikannya gelaran "bandar kayu."
 
Suriname hanya memiliki luas wilayah 163.821 kilometer persegi dan menjadi negara berdaulat yang terkecil di Amerika Selatan. Negara ini hanya memiliki dua gunung sahaja iaitu Gunung Bakhuys dan Gunung Van Asch Van Wijck. Menariknya, negara ini memiliki tasik terbesar di dunia iaitu Tasik Professor W. J. van Blommestein Meer.
 
Jumlah rakyat Suriname sekitar 613.000 orang sahaja. Penduduknya bertutur bahasa Belanda, tetapi terdapat bahasa-bahasa lain turut digunakan seperti bahasa Indonesia (Jawa) kerana penjajah Belanda pernah membawa kira-kira 30 ribu tenaga kerja dari Indonesia.
 
Wilayah Suriname mula dikenali sejak abad ke-15, iaitu ketika penjajah Eropah berlumba-lumba menguasai Guyana yang mana Suriname menjadi sebahagian daripadanya. Guyana digambarkan sebagai suatu kawasan yang kaya dengan kandungan emas. Sebab itu penjajah Eropah amat berminat untuk menguasainya. Pada abad ke-16 dan ke-17, Guyana dikuasai silih berganti oleh Sepanyol, Belanda, Inggeris, Perancis dan Portugal.
 
Untuk membangunkan ekonomi Suriname, penjajah Belanda pada tahun 1870, menandatangani perjanjian dengan Inggeris untuk membawa masa tenaga buruk dari luar negara. Perjanjian ini dilaksanakan secara rasmi pada tahun 1873 sampai 1917, di mana tenaga buruh dari India dibawa masuk. Manakala tenaga buruh dari Indonesia bermula pada tahun 1890 - 1939.
 
Pada tarikh 15 Disember 1954, pemerintah Belanda bersama beberapa wakil dari Surinam menandatangani sebuah memorandum yang isi kandungannya rencana pengakhiran penjajahan. Dalam sebuah Persidangan Meja Bulat pada tahun 1961, wakil-wakil Suriname menuntut dibentuknya sebuah kerajaan sendiri. Tuntutan itu semakin menjadi selepas penubuhan beberapa parti politik yang ditubuhkan pada dekad itu, semakin hebat menyampaikan tuntutan agar Suriname diberikan kebebasan penuh secepat mungkin.
 
Tuntutan ini ditanggapi secara serius dengan diadakannya sebuah persidangan di Belanda pada tahun 1970. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan persiapan pelepasan Suriname sekaligus menyusun kabinet yang terdiri daripada wakil-wakil parti. Suriname selanjutnya menjadi negara merdeka sejak tarikh 25 November 1975.
 
Suriname sangat berbilang etnik dengan populasi besar seperti India, Jawa, Maroon, Kreol, Cina, Orang Asli dan Eropah. Sesuai kepelbagaian kaum, agama anutan juga beragam iaitu Hindu, Islam, Kristian dan kepercayaan asal. Agama utama adalah Hindu dan Islam.
 
Suriname mempunyai salah satu perkampungan air yang jarang terdapat di Amerika Selatan, dikenali sebagai Nieuw Amsterdam, dengan rumah-rumah yang dibina di atas tiang di atas air, menyerupai Venice.
 
Mata wang rasmi ialah Dolar Suriname (SRD), yang diperkenalkan pada tahun 2004 menggantikan Gulden Suriname.
 
Sekitar 80 peratus kawasan Suriname dilitupi hutan hujan tropika, sebahagian daripada bioma Amazon, menjadikannya salah satu negara paling berhutan di dunia.
 
Rizab Alam Semula Jadi Tengah Suriname, kawasan perlindungan yang luas, merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan biodiversiti dan ekosistemnya yang tidak tercemar.

No comments:

Post a Comment