Ada
pepatah; hanya Jauhari mengenal Manikam. Pepatah tersebut bermaksud hanya orang
arif atau mengetahui tentang sesuatu dapat menilai tentang sesuatu perkara atau
objek.
Bagaimana
nama Jauhari dan Manikam timbul dalam pepatah tersebut.
Mengikut
kisahnya, ia berasal dari persahabatan dua orang bernama Manikam dan Jauhari.
Mereka berkawan baik dan melakukan perkara bersama-sama.
Pada
suatu hari mereka mengambil keputusan untuk berlayar bersama-sama. Namun, dalam
pelayaran itu berlaku ombak besar yang menyebabkan kapal mereka naiki karam.
Manikan
dan Jauhari berpisah di lautan luas tanpa antara mereka mengetahui nasib di antara mereka.
Jauhari
hanyut dan terdampar di satu perkampungan dan diselamatkan penduduk di situ.
Dia tidak mengetahui tentang nasib Manikam.
Kira-kira
10 tahun kemudian, Jauhari pergi belayar ke satu tempat.
Di
situ ketika berjalan-jalan melihat tempat orang, dia menemui seorang lelaki
gila dengan keadaan amat menyedihkan. Mukanya ‘rosak’ disebabkan sesuatu punca
yang tidak diketahui.
Biarpun
keadaan lelaki gila itu teruk dan mukanya rosak, Jauhari kenal bahawa itu
adalah Manikam, sahabatnya yang terpisah ketika bencana di lautan dahulu.
Jauhari
kemudian membawa Manikam pulang ke kampung halaman Manikam dan bertemu dengan
keluarganya.
Disebabkan
perubahan wajah dan perangai, sukar untuk keluarga Manikam mengecamnya. Namun,
bagi Jauhari, dia pasti itu adalah Manikam.
Kisah
Jauhari dan Manikam ini tersebar yang mengambil pengajaran tentang persahabaan
sejati yang benar-benar akrab. Dapat mengenali biarpun keadaan fizikal dan sifat
telah berubah.
Berdasarkan
kepada kisah itu maka lahirlah pepatah “hanya Jauhari mengenal Minikan”.
Pepatah
tersebut bermaksud hanya orang arif atau mengetahui tentang sesuatu dapat
menilai tentang sesuatu perkara atau objek.
Selain
kisah tersebut yang membawa kepada wujud pepatah “hanya Jauhari mengenal
Manikam” adalah berdasarkan kepada maksud perkataan ‘jauhari’ dan ‘manikam’.
Perkataan
‘jauhari’ bermaksud tukang atau saudagar permata. Manakala maksud perkataan ‘manikam’
pula ialah batu permata.
Dengan
kata lain, ‘jauhari’ dan ‘manikam’ bukan nama orang seperti kisah di atas.
No comments:
Post a Comment