Monday 21 June 2021

LEBIH TIGA JAM MESYUARAT MKN

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat kiriman di akaun FBnya dengan catatan:

“Lebih 3 jam hari ini sidang khas MKN bermusyarat membincangkan pelan pemulihan negara.

“Harapan saya memastikan perancangan ini dapat membantu anda hidup sihat dan yang utama mencari rezeki tanpa sebarang masalah.”

Semua rakyat tahu peranan Ismail Sabri dalam melaksanakan tugas sebagai jurucakap kabinet mengenai perancangan dan tindakan kerajaan dalam memerangi Covid-19.

Beliau benar-benar komited dalam tugas sebagai jurucakap kabinet, tanpa mengabaikan tugas hakiki sebagai menteri dan Ahli Parlimen Bera. Tidak diabaikan tugas sebagai Naib Presiden UMNO.

Semoga Datuk Seri terus dikurniakan kesihatan yang baik dan mampu melaksanakan tugas untuk kebaikan agama, parti, bangsa dan negara.  

1 comment:

  1. Terima kasih Dato Sri Ismail Sabri... jasa Dato Sri akan sy kenang...

    ReplyDelete