Sunday, 3 November 2024

NGO KEBAJIKAN BANYAK MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA

 
Pertubuhan bukan kerajaan (Non government Organisation - NGO) yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ada banyak kategori. Salah satu kategori tersebut ialah berkaitan kebajikan masyarakat. NGO ini melakukan kerja-kerja kebajikan seperti membantu golongan asnaf, bencana dan sebagainya.

NGO kebajikan beroperasi atau menjalankan aktiviti yang mengikut garis panduan perlembagaan JPPM dan juga garis perlembagaan NGO berkenaan sepertimana yang telah ditetapkan berdasarkan matlamat penubuhan. 

NGO kebajikan ternyata telah banyak membantu golongan yang memerlukan bantuan. Kehadiran mereka dalam masyarakat adalah membantu dan pelengkap kepada perkhidmatan yang disediakan agensi kerajaan dan badan-badan lain.

Namun, dalam banyak jasa dan khidmat yang disumbangan oleh NGO kebajikan, ada juga pihak yang tidak berpuas hati dengan alasan apa yang dilakukan. Ada pihak mendakwa aktiviti NGO kebajikan telah mencampuri urusan mereka.

Memang pelik bunyinya. Tidak ada keperluan untuk NGO kebajikan mencampuri urusan atau tugas pihak lain. Apa yang dilakukan adalah untuk membantu. Bantuan tidak perlu dihulurkan jika semua pihak yang berkaitan telah melakukan tugasan sebaik mungkin sehingga tidak ada lagi pihak yang perlu dibantu.

Kehadiran NGO kebajikan sepatutnya dialu-alukan, bukannya dipandang sinis atau dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.  

Kepada NGO kebajikan, teruskan niat suci selagi tidak melanggar undang-undang Malaysia, JPPM mahupun perlembagaan NGO sendiri. NGO kebajikan telah banyak membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau berdasarkan keperluan semasa atau selayaknya demi kelangsungan semasa.

Kepada pihak tertentu, hentikan stigma tidak suka atau tidak berpuas atas pergerakan kebajikan yang dilakukan oleh mana-mana NGO kebajikan. Sebaliknya bersama-samalah menyumbang untuk kebaikan semua.


No comments:

Post a Comment