Oleh
itu, Islam mensyariatkan hukum halal dan haramnya dalam setiap aspek kehidupan
umatnya. Setiap mslim wajib memastikan perkara yang halal dan haram. Perkara
halal memberi kebaikan dan yang haram mendatangkan keburukan.
Pastinya
tiada orang ingin berbuat buruk terhadap diri sendiri. Jadi, jauhkan perkara
haram. Tiada perkara haram yang mendatangkan kebaikan biarpun dilihat akan
kegembiraan dan keuntungan. Hakikatnya, melakukan perkara haram hanya
mendatangkan kegembiraan yang sementara.
Lihat
sahaja dalam kegembiraan meminum arak hanya sementara. Lepas itu mereka akan
hilang akal atau mabuk yang akan memberi kesan buruk apabila otak tidak dapat
berfungsi. Hebatnyanya manusia kerana ada akal fikiran. Jika akal tidak
berfungsi lagi, itu sudah boleh disamakan dengan kedudukan binatang yang tiada
akal.
Muslim
perlu peka kepada sumber yang dijadikan makanan supaya tidak termasuk bahan
haram yang akhirnya menjadi isi daging. Bagi daging yang tumbuh daripada sumber
haram, maka api neraka bahan pembakarnya.
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap daging badannya yang tumbuh
daripada benda haram (yang menghilangkan berkat), maka nerakalah yang lebih
utama bagi orang itu." (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Setiap
apa yang diharamkan terselit keburukan yang akan terjadi jika dilakukan. Allah
mengetahui apa yang baik dan buruk untuk manusia. Dia yang menjadikan manusia
dan mentadbir alam ini mengetahui segala-galanya. Jadi, mengapa kita ingin
melanggar apa yang ditetapkan oleh Maha Pencipta?
Kita
akan menghormati atau ikut peraturan yang ditetapkan oleh pembuat kereta kerana
kita tahu jika tidak ikut peraturan itu, kereta akan mengalami masalah atau
cepat rosak. Jadi, begitu juga mengapa kita kita kena patuh kepada peraturan
yang ditetapkan oleh Allah.
Segala
aspek kehidupan yang ditetapkan Allah mesti dipatuhi. Jangan sekali-kali
mempersoalkan. Jika berasa gembira atau ada keuntungan melakukan perkara
ditegah atau diharamkan, itu tindakan lemah iman dan telah dikuasai oleh
hasutan syaitan. Cepat-cepatlah bertaubat dan menghindarkan perkara itu.
Islam
melarang beberapa cara dan gaya kehidupan asing seperti budaya hidup bebas,
berkhalwat, bertukar pasangan, berpeleseran di jalanan tanpa arah tujuan untuk
memelihara kesejahteraan Muslim serta masyarakat untuk hidup dengan harmoni.
Dalam
pada itu, Allah mengharamkan syirik iaitu menyembah sesuatu yang lain daripada
Allah. Perlu ditegaskan mensyirikkan Allah bukan setakat menyembah selain
daripada Allah, sifat takbur dan riak termasuk dalam perbuatan mensyirikkan
Allah.
Takbur
bermaksud membesarkan dan mengagungkan dirinya sendiri. Hanya Allah saja layak
bersifat demikian, manakala manusia sebagai hamba-Nya tidak layak mempunyai
sifat itu. Riak pula adalah menunjuk perbuatan baik supaya dilihat dan dipuji
orang lain sedangkan apabila bersendirian, dia tidak melakukan perbuatan baik
itu.
Islam
sudah mempunyai cara hidupnya tersendiri yang serba lengkap dan menyeluruh
merangkumi setiap aspek kehidupan umatnya. Islam juga menyusun adab kehidupan yang
luhur menampilkan ajaran mulia supaya kehidupan umatnya berlangsung dengan
penuh gemilang dan terhormat.
Dalam
Islam, kehidupan umatnya tidak dapat dipisahkan daripada kerangka akidah,
ibadat dan akhlak yang menjadi tonggak utama kesejahteraan hidup umat Islam. Di
samping itu, ada peraturan dan batas larangannya yang wajib dipatuhi supaya
hidup dapat berlangsung dengan teratur.
Allah
juga mengharamkan beberapa persepsi dan pandangan yang haram seperti mempunyai
prasangka buruk terhadap orang lain, menuduh orang lain dengan tuduhan palsu,
mengumpat serta memfitnah bagi memelihara kerukunan hidup umatnya.
Malah
di antara sifat Muslim sejati ialah memelihara dirinya daripada perkara yang
sia-sia sama ada melalui perbuatan mahupun perkataan. Tiada perkataan dan
amalan yang lebih baik pada sisi Allah melainkan perkataan dan amalan yang
mendekatkan diri kepada Allah.
Allah
berfirman yang bermaksud: "Adakah ucapan yang baik itu melainkan mereka
yang menyeru kepada Allah dan berbuat kebaikan, seterusnya berkata,
sesungguhnya aku dari kalangan orang beriman." (Surah Fussilat, ayat 33)
Jika
setiap Muslim dapat menjaga makanan dan minumannya daripada terkena bahan yang
haram dan najis, pada masa sama, adakah seseorang Muslim menjaga dirinya
daripada perbuatan yang haram?
Adakah
dia menjaga kelakuannya daripada perkara yang haram? Adakah dia menjaga matanya
daripada melihat benda yang haram? Adakah dia juga menjaga lidahnya daripada
mengatakan perkara yang haram?
Jelas
di sini kewajipan setiap Muslim bukan hanya setakat memelihara makan minumnya
daripada sumber yang haram, malah Muslim juga wajib memelihara segala
perbuatannya, persepsinya, kelakuannya dan pandangannya daripada perkara yang
haram.
Tidak
ada ertinya jika seorang Muslim itu hanya menjaga pemakanannya daripada benda
haram tetapi pada masa sama dia melanggar batas larangan Allah yang lain. Allah
berfirman yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang
ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan
kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu."
(Surah al-Baqarah, ayat 168)
Begitulah
sebenarnya kewajipan setiap Muslim yang mengaku beriman kepada Allah. Antara
tuntutan beriman kepada Allah ialah tunduk dan patuh dengan penuh ikhlas
terhadap segala perintah dan larangan Allah.
Dalam
hal ini, setiap Muslim tidak sewajarnya hanya memelihara sebahagian saja
daripada perintah dan larangan Allah, tetapi meninggalkan pula perintah dan
larangan Allah yang lain. Ini bukanlah sifat Muslim yang sebenarnya di sisi
Allah.
Allah
berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke
dalam agama Islam (dengan mematuhi) hukum-hakamnya dengan keseluruhannya; dan
janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh
bagi kamu yang terang nyata. (Surah al-Baqarah, ayat 208)
Akhirnya,
perlu diinsafi setiap sesuatu yang Allah perintah atau larang kepada umatnya
ada rahmatnya dan hikmah yang tersurat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang terbaik untuk sekalian hamba-Nya dan Allah tidak sekali-kali bersifat
zalim terhadap hamba-Nya walau sedikitpun.
No comments:
Post a Comment