Friday 8 June 2018

Perbezaan pendapat ulama mengenai aurat lelaki

Apabila disebut aurat, maka lazimnya dikaitkan dengan wanita. Sedangkan sebenarnya lelaki juga perlu menjaga aurat. Maka, lelaki juga perlu faham dan mematuhi dalam soal menjaga aurat.  

Perbezaan pendapat mengenai aurat lelaki.

1. Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat: “Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah makruh.

2. Imam Malik dan Imam Syafi’ie berpendapat: “Aurat lelaki ada dua keadaan:
- Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja.
- Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya.
Auratnya adalah seluruh tubuh badannya

[Rujuk Kitab al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al-Aurah].

No comments:

Post a Comment