Banyak khasiat,
kebaikan dan manfaat mengamalkan memakan biji selasih. Biji selasih atau dipanggi
‘telur katak’ biasa dicampurkan dalam air minuman. Rasa biji selasih amat sedap
apabila dicampurkan dalam apa jua jenis minuman.
Rasa biji selasih unik dan
menjadi kegemaran ramai. Biji selasih dimasukkan ke dalam air akan kelihatan
seperti telur katak apabila mengembang.
Biji selasih lengkap
dengan nutrien berkhasiat untuk diet harian. Biji selasih lengkap dengan
nutrien pekat seperti kabohidrat, vitamin, mineral, lemak dan juga fiber.
Seperti makanan tambahan yang lain, biji selasih pasti dapat memberi kesan baik
di dalam diet anda.
Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah.
Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula.
Khasiat biji selasih:
Menurunkan Berat Badan
Biji selasih kaya
dengan fiber dan ia akan membuat anda rasa kenyang dan tidak lapar. Ini bagus
untuk anda yang ingin mengawal nafsu makan atau lapar. Tambah biji selasih di dalam
minuman (non-sugary) anda dan biar membantu anda untuk kekal berdiet.
Penghadaman dan Mengatasi
Gangguan Pencernaan
Biji selasih sangat
baik untuk mengatasi gangguan pencernaan seperti sembelit, kejang perut,
kembung perut dan masalah penghadaman. Dengan mengambil air campuran biji
selasih, boleh melegakan ketidakselesaan anda. Cubalah!
Jangkitan Kulit
Bagi para ibu yang berhadapan
dengan anak yang mengalami masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis. Anda
boleh lakukan rawatan awal dengan menggunakan biji selasih. Caranya mudah, cuma
hancurkan biji selasih dan campurkan bersama minyak kelapa, kemudian sapukan
ditempat yang bermasalah.
Rendahkan Suhu Badan
Badan panas akibat
cuaca terik diluar atau mengalami demam panas, lupakan minuman sejuk ais. Ambil
sahaja air kosong dicampur biji selasih. Anda akan rasa ia perlahan-lahan
menyejukkan badan anda.
Menyihatkan Rambut
Kuasa dari sumber
protein, vitamin K dan zat besi didalam biji selasih bagus untuk rambut dan ia
membantu untuk menyihatkan rambut dari akar hingga hujung.
Herba Penenang
Biji
selasih mampu melegakan sakit kepala, migrain, tekanan dan ketegangan urat. Biji selasih dapat mengatasi kegugupan, rasa
bimbang berlebihan dan mudah marah. Biji selasih
dapat mengurangkan kegelisahan ataupun susah tidur.
Bagi
anda yang mengalami kegelisahan teruk, baik kerana keadaan keluarga ataupun
persoalan kerja. Cubalah amalkan pengambilan biji selasih. Caranya
campurkan 5 gram biji selasih dengan air 200 cc. Lalu minumlah selagi
hangat, boleh ditambah dengan campuran madu.
Mengurangkan Cairan Pada Vagina
Bagi wanita, zat
cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk
mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.
Ubat Sakit Gigi
Ambilah
10 gr biji selasih, rebuslah bersama 4 butir cengkeh dengan air mendidih
secukupnya. Lalu minumlah air tersebut semasa hangat-hangat kuku selama
masa sakit hingga sembuh betul.
Ramuan Kecantikan
Tumbukl biji selasih
hingga halus, campur dengan air panas secukupnya. Adun rata hingga
terbentuk pasta, dinginkan.
Gunakan sebagai lulur pada wajah dan leher
anda, Lakukanlah 1 hari sekali iaitu menjelang mandi petang.
No comments:
Post a Comment