Saturday, 17 December 2016

Punca Melayu miskin

Mengapa Melayu miskin? Umum mengetahui kadar kemiskinan orang Melayu lebih tinggi berbanding bangsa lain di Malaysia. 

Antara punca Melayu miskin kerana kurang berusaha. Sebaliknya lebih mengharapkan bantuan kerajaan.  

Namun, peluang yang diberikan oleh kerajaan tidak pula dimanfaatkan sepenuhnya. Ramai yang menyalahgunakan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

Punca keduanya ialah tidak mengamalkan sikap bersyukur. Mereka selalu mempertikaikan bantuan yang diberikan. Sesungguhnya, sikap tidak bersyukur menyebabkan rasa tidak puashati sering timbul.

Sebab lain ialah sikap lebih banyak berpolitik berbanding bekerja. Bercakap mengenai politik dan ekonomi macamlah dia jaguh dan pakar, tetapi hasilnya tidak ada apa yang disumbangkan kepada negera. 

Orang Melayu perlu kepada transformasi minda untuk berjaya. Fikir secara matang dalam mendepani cabaran ekonomi. Tingkatkan usaha dan lebih bersikap berdikari untuk mencapai kemajuan diri dan bangsa.

Ketika ini ekonomi negara berkembang baik. Pada dasarnya, keadaan ini sepatutnya menggambarkan seluruh rakyat mendapat peningkatan dalam pendapatan dan kesejahteraan hidup.    

Kita perlu ingat, kiraan tahap ekonomi berdasarkan purata pendapatan tidak membawa erti yang seperti yang diharapkan jika yang kaya tambah kaya dan yang miskin tambah miskin.  

Dalam statistik, puratan pendapatan meningkat, tetapi hakikat sebenarnya banyak keluarga menanggung kehidupan lebih susah. 

Ini berlaku disebabkan seluruh kekayaan rakyat Malaysia, termasuk yang terkaya, dibahagi purata dengan bilangan isi rumah atau individu. Jadi, angka yang digambarkan tidak mencerminkan realiti.

Betullah ada pembaikan pendapatan purata antara 2009 dan 2012. Pendapatan purata isi rumah naik 7.2 peratus daripada RM4,025 kepada RM5,000.

Perbandingan kadar peningkatan bandar dengan luar bandar agak ketara. Pendapatan bandar naik daripada RM4,705 kepada RM5,742 sedangkan pendapatan luar bandar naik daripada RM2,545 kepada RM3,080. Kita pun tahu bangsa mana yang banyak di luar bandar.

Kemudian kita tengok ikut kaum. Tahun lepas pendapatan purata isi rumah Bumiputera naik 6.9 peratus kepada RM4,457. Tapi pendapatan isi rumah Cina naik 8.0 peratus kepada RM6,366 dan India naik 9.0 peratus kepada RM5,233. Maksudnya Bumiputera duduk di anak tangga paling bawah.

Sepatutnya Bumiputera lebih berdaya saing untuk merebut peluang yang disediakan kerajaan. Jangan habisakan masa bergaduh sesama sendiri. Tingkatkan keupayaan untuk menikmati kehidupan lebih baik.

No comments:

Post a Comment