Wednesday, 18 July 2018

HENTIAN ECO R&R LOJING

Pengunjung dari Gua Musang menuju ke Cameron Highland mahupun menuju ke Simpang Pulai di Perak, sebelum memasuki kawasan 'pembangunan' Loging, akan menemui hentian ECO R&R. ECO R&R dibina oleh Majlis Daerah Gua Musang yang terletak berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke Lojing, Kelantan.

Kewujudan ECO R&R ini merancakkan lagi pembangunan di tanah tinggi Lojing seterusnya menjadikan Jajahan Kecil Lojing salah satu daya tarikan pelancongan di Gua Musang.

Operasi ECO R&R Lojing telah bermula pada bulan Jun 2016 dengan menempatkan Pejabat Majlis Daerah Gua Musang Cawangan Lojing dan beberapa unit motel untuk disewa oleh pelancong dan pelawat.

Pengguna jalan raya melalui ECO R&R biasanya akan singgah seketika di situ untuk berehat dan sebelum meneruskan perjalanan. Kemudahan tempat letak kenderaan yang luas, termasuk bas, memudahkan pengunjung untuk berhenti seketika.

No comments:

Post a Comment