Saturday 19 December 2020

CARA TANAM UBI KELEDEK

 
Ini bukan pokok bunga, sebaliknya ia adalah pokok ubi keledek atau dalam dialek Kelantan dipanggil ubi setelo. 

Di Indonesia ia dipanggil ubi jalar. Ada juga memanggil dengan nama ketela rambat, huwi boled dan tela rambat di negara jiran kita itu. 

Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil 'sweet potato' dan orang Jepun pula menyebutnya 'shoyo'.

Ubi keledek merupakan sumber karbohidrat yang cukup penting dalam sistem ketahanan badan kita. Selain karbohidrat sebagai kandungan utamanya, ubi jalar juga mengandungi vitamin, mineral, fitokimia (antioksidan) dan serat (pektin, selulosa, hemiselulosa).

Mudah sangat untuk tanam pokok keledek. Dalam bekas minyak pelincir pun boleh. Tetapi hasilnya tidaklah banyak. Yalah... bekas kecil sukar untuk tumbesaran.

Kalau ditanam di dalam bekas besar dan tentulah paling baik di atas tanah gembur dan berbaja serta mendapat air secukupnya, isi yang terhasil tentulah lumayan dan banyak.

Ubi keledek boleh ditanam menggunakan keratan batang mahupun bahagian ubi. Mudah dan senang.

Jika tumbesaran baik dan mendapat pembajaan yang secukupnya, serta medium tanah yang baik, ubi keledek boleh dituai selepas 4 hingga 5 bulan ditanam.

No comments:

Post a Comment