Friday 14 May 2021

PPBM DIPENUHI PENGKHIANAT

PPBM menambah koleksi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) secara lompat parti.

Ahli Parlimen dan ADUN yang lompat parti adalah pengkhianat. Islam meletakkan pengkhianat pada tempat yang hina lagi dina, selain merupakan sebahagian dari tanda-tanda orang munafik. Jelaslah bahawa pengkhianat mendapat tempat yang begitu jijik di dalam Islam.

Malah, Allah melarang berdebat dan membela orang yang khianat. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah engkau berdebat membela orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa. ” (Surah An- Nisa, ayat 107).

Perbuatan khianat juga memberikan kesan yang amat dahsyat kepada sesiapa sahaja yang dikhianati tanpa mengira individu ataupun organisasi.

Lihatlah sejarah sebelum ini. Kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat pun jatuh tersungkur kerana sikap khianat dan tamakkan kuasa sesetengah kelompok yang rakus.

Asbab khianat jugalah, tidak mustahil keamanan dan perpaduan yang kukuh akan runtuh berkecai apabila benih khianat tumbuh subur dalam masyarakat, terutama di kalangan pemimpin politik.

Kita tidak mahu perbuatan khianat ini menjadi budaya dalam politik negara. Jika Bersatu banyak menerima Ahli Parlimen dan ADUN lompat parti, tidak mustahil ada parti lain pula akan berusaha mendapatkan dari PPBM.

Sekiranya amalan ini menjadi satu budaya, situasi politik tidak akan stabil sampai bila-bila. Pengkhianat akan melakukan pelbagai kesalahan lain kerana sudah terbiasa dengan perbuatan khianat.

UMNO menolak kerjasama dengan PPBM pada PRU15 adalah demi untuk kestabilan politik negara pada masa akan datang agar tidak akan berlaku pengkhianatan.


No comments:

Post a Comment