Friday, 13 January 2023

SEBAB DEDALU PERLU DIBUANG

 
Pokok dedalu adalah jenis tumbuhan parasit atau pokok tumpang yang hidup di bahagian pokok besar lain. Dedalu juga dikenali dalu-dalu akan tumbuh di bahagian batang pokok lain dan membentuk bonjolan yang semakin membesar pada bahagian batang pokok ditumpang untuk menampung bahagian pokoknya yang semakin membesar.
 
Dari bonjolan atau bonggol itu akan keluar beberapa batang berkayu yang tumbuh menegak atau melempai.
 
Daunnya adalah berwarna hijau coklat terutama di bahagian bawah daun. Saiz daun sekitar 10-18 cm panjang dan 4-7 cm lebar dengan susunan daun bertentangan. Warna daun ini dapat kita bezakan dari jauh dengan daun pokok tumpang yang kebanyakannya berwarna hijau.
 
Bentuk bunganya seperti trompet panjang dengan ia kembung di bahagian tengah berwarna coklat bersaiz 2-4 cm panjang. Bunga ini keluar dalam bentuk jambak dan ia mengandungi spora yang apabila matang akan diterbangkan oleh angin untuk hinggap pada dahan lain bagi tujuan pembiakan.
 
Kehadiran pokok dedalu boleh menyebabkan pokok yang ditumpanginya mati kerana zat pemakanan dedalu diambil atau diserap daripada pokok ditumpang.
 
Cara kawalannya ialah dengan membuangnya sebelum membesar dan meletak di lebih banyak bahagian dahan lain perlu dilakukan. Kalau sudah besar dan terlampau banyak melengkap di satu-satu dahan, elok dahan itu dipotong terus.

No comments:

Post a Comment