Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya.
Pemergian
Tok Kenali ke Tanah Suci Mekah adalah semata-mata atas bantuan daripada sahabat
dan kenalan beliau di Kota Bharu yang berjumlah kira-kira 50.00 (wang ketika
itu) dan sumbangan daripada ibunya cuma 22.00. sahaja.
Kesukaran
yang di hadapi Tok Kenali di rantau orang tidak dapat digambarkan lagi. Hampir
tujuh bulan beliau di sana tanpa tempat kediaman yang tetap.
Semasa
itu beliau menginap di serambi Masjidil Haram, Mekah, dan hanya dapat tidur
serta berehat-rehat bila menjelang sesuku malam disebabkan Masjidil Haram
merupakan pusat ibadat tawaf, sa’i, sembayang dan sebagainya.
Pakaiannya
sederhana, begitu juga tentang pemilihan makanannya untuk menampung kekosongan
di waktu pagi dan petang. Memandangkan kedudukan ini, beliau pernah ditugaskan
menjadi tukang masak sementara dalam sesuatu perkelahan di wadi (lembahan) dan
di pinggir bukit nan tandus.
Sebelum
beliau keluar negeri dahulu, beliau telahpun mempunyai pengetahuan-pengetahuan
asas dalam pelajaran-pelajaran yang telah dipelajari ketika itu.
Beliau
telah pun menguasai pengetahuan bahasa Arab (nahu dan sarafnya) bagi mengikuti
setiap segi jurusan pengetahuan agama di masa itu. Perkara-perkara ini adalah
melayakkan Tok Kenali untuk menerima dan mengikuti pelajarannya yang sedang
berkembang dewasa ini di Tanah Suci Makkah.
Tok
Kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa kitab. Di samping itu juga
beliau terpaksa membaca di kedai-kedai kitab dengan meminta izin tuan-tuan
kedai itu untuk membaca dan menatap kitab-kitab jualannya dalam tempoh yang
agak lama dengan cara yang cermat sekali.
Kitab-kitab
wakaf yang ada dalam simpanan di Masjid Al-Haram juga dipergunakan untuk
memahami kuliah-kuliah gurunya. Selain itu, Tok Kenali terpaksa pula meminjam
kitab-kitab gurunya sendiri. Kerana kemiskinanlah agaknya, membawa Tok Kenali
mengharungi lautan ilmu dan kemajuan melebihi kawan-kawannya yang lain.
Jelaslah
bahawa Tok Kenali banyak sekali membaca dan menatap kitab-kitab buah tangan
ulama dan para failasuf Islam yang telah dan sedang tersebar di dunia Islam dewasa
itu.
Beliau
juga mempunyai sifat suka bertanya dan mengkaji pelajarannya sebelum pelajaran
itu di ajar oleh gurunya dengan mengadakan perbandingan-perbandingan sendiri
dan pergalaman sendiri.
Banyak
membaca dan banyak membuat kajian adalah merupakan faktor-faktor besar dalam
perkembangan ilmu seseorang pelajar atau siswa.
Antara
guru-guru di Masjid yang namanya banyak disebut-sebut oleh Tok Kenali ialah
Tuan Guru Wan Ahmad atau nama penuhnya Wan Ahmad bin Muhammad Zain yang
terkenal sebagai seorang pengarang sesudah nama Syaikh Daud Patani.
Kepada
guru inilah Tok Kenali mendapat bimbingan dan bantuan baik dari segi ilmu
pengetahuan mahupun penghidupan. Di samping itu, terdapat beberapa orang guru
dari Pattani dan Indonesia yang mungkin mendapat perhatian Tok kenali di samping
guru-gurunya yang terdiri daripada orang-orang Arab.
Dalam
tahun 1904, Tok Kenali telah melawat Mesir bersama Tuan Guru Wan Ahmad, Nik
Mahmud (yang kemudiannya bergelar Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan)
dan Ismail Pattani.
Lawatan
ke Mesir adalah berbentuk lawatan sambil belajar terutama kerana mengkaji
hal-hal perkembangan pelajaran yang berhubung dengan agama Islam di Universiti
Al-Azhar dan lain-lain tempat pengajian di sekitar kota Khairah.
Setelah
mendalaman ilmu selama 22 tahun, Tok Kenali pulang ke tanah air pada 1909.
Rencana berkaitan;
No comments:
Post a Comment