Tok Kenali atau Muhammad Yusuf bin Ahmad (1868-1933) ialah seorang tokoh ulama ulung Kelantan dan seluruh nusantara. Beliau adalah guru agama, tokoh pembangun pemikiran, pengarang dan pencetus ilmu pengajian Islam terkenal pada awal abad ke-20.
Beliau
disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan juga seorang wali
keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi
tanpa belajar).
Pengkaji
sejarah tanah air, lebih-lebih lagi berkaitan “sejarah Kelantan’, pastinya akan
menemui nama Tok Kenali. Tok Kenali merupakan seorang pembangun fikiran umat
Islam di dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang
bertebar pada beberapa tempat di alam Melayu.
Selain
menyebarkan ilmu melalui kelas agama, Tok Kenali juga melontarkan ilmu dan
pemikirannya menerusi majalah Pengasuh, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan, selain majalah Al-Hikmah yang tidak kurang terkenal dan
berpengaruh pada masa itu.
Sesuatu
perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tok Kenali
adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran Iman
Ghazali, (1058-1111M) seorang pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang
banyak membuat pembaharuan dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan
ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran dan hadis.
Melihat
kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir sama
dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M). Muhammad Abdul seorang
pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran sebagai
asas perjuangannya. Perjuangannya adalah secara menyeluruh menyedar dan membina
masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi
dan lain-lain.
Pengaruh
Muhammad Abdul menyerap dalam diri Tok Kenali yang secara kebetulan pada masa
Tok Kenali berada di kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat ke Mesir pada 1904M
merupakan akhir zaman Syaikh itu.
Tok
Kenali pernah mendalami ilmu di Makkah selama 22 tahun bermula 1887 sehingga 1909.
Di Makkah Tok Kenali mendalami pengajian tatabahasa Arab, ilmu feqah, tauhid,
tasawuf dan tafsir Al-Quran.
Pada
tahun 1911, beliau mula membuka sebuah tempat pengajian. Pondok pertama
didirikan di Kampung Paya. Pembinaan pondok ini menjadi pencetus kepada
pembinaan pondok-pondok lain di seluruh Negeri Kelantan.
Rencana berkaitan;
No comments:
Post a Comment