Monday 7 March 2022

TOK KENALI KEMBANGKAN INSTITUSI PONDOK

 
Sistem persekolahan yang diutaamakan oleh Tok Kenali dalam masa hayatnya ialah sistem pondok. Tok Kenali sendiri menubuhkan pondok yang dikenali Pondok Kenali.

Sistem pondok yang menggunakan bahan-bahan pelajaran yang berdasarkan kitab dengan mengkelas-kelaskan kitab kepada pengajian peringkat rendah, menengah atas dana tinggi yang dipelajari secara berkelompok (berhalqah) di masjid atau madrasah (balaisah).

Manakala pelajar-pelajar yang tinggal di pondok-pondok (asrama) di bawah bimbingan Tok Kenali, telah melahirkan beberapa orang tokoh ulama.

Bekas pelajar Pondok Kenali kemudiannya tersebar keseluruhan rantau ini di mana mereka menghidupkan pula sistem pondok di tempat masing-masing.

Adalah agak luar biasa, di samping menggalakkan sistem pondok, Tok Kenali sebagai pencinta ilmu, tidaaklah menghalang wujudnya sistem persekolahan.

Tertubuhnya sekolah agama kendalian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang mula dicadangkan pada tahun 1915, adalah juga dengan mendapat nasihat daripada Tok Kenali.

Maka pada 5 Ogos 1917 ditubuhkan sebuah Sekolah Agama berbahasa pengantar Melayu yang menitik beratkan Bahasa Arab, dengan nama “Al-Madrasah Al-Muhammadiyyah Al-Kilantaniyyah”. Sekolah ini juga mengadakan pelajaran bahasa Inggeris di sebelah petangnya.

Jadi, Tok Kenali sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam di Kelantan adalah memainkan peranan dalam pembukaan dan perlaksaan sekolah ini. Sekolah ini lebih dikenal dengan nama “ Sekolah Agama Majlis”.

Kemudian pada tahun 1937 bila lahirnya sekolah aliran bahasa arab di Majlis dengan nama “Majlis Al-Muhammadiyyah Al-Arabiyyah” barulah Sekolah Agama Majlis tadi bertukar nama dengan “Sekolah Melayu Majlis”, manakala sekolah yang baru tadi disebut “Sekolah Arab Majlis”.

Akhirnya sekolah aliran Melayu ini diserapkan secara beransur-ansur ke dalam Bahasa Arab sesudah dia dipindahkan ke bangunan Maahad Al-Muhammadi sekarang (sebagai ekoran daripada sekolah aliran Arab).

Keberkatan usaha beliau ini membawa Syaikh Uthman Jalaludin Al-Kilatani membuka sekolah arab Manaabi’ Ai-’Uluum, Bukit Mertajam pada tahun 1934. Demikian juga Tuan Guru Hj. Ali Salaahudin membuka madrasah Al-Falaah di Pulau Pinang di mana kedua-dua madrasah ini lebih berbentuk pondok (sistem pondok).

Di samping itu beliau juga adalah dianggap sebagai pendorong pembukaan sebahagian sekolah-sekolah Melayu di Kelantan ini seperti Sekolah Melayu Kubang Kerian 1920, Sekolah Melayu Mentuan, dan lain-lain.

Dengan kata lain Tok Kenali tidaklah menentang pembukaan sekolah-sekolah seperti ini selagi pelajaran yang diajar tidak menyelaweng daripada ajaran Islam yang suci.

Rencana berkaitan;

No comments:

Post a Comment