Tok Kenali dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1870 dengan nama Muhammad Yusof. Beliau pernah digelar dengan nama Awang. Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah bt Salleh. Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun.
Isterinya
ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan empat orang anak, iaitu Ahmad,
Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi.
Tok
Kenali mendapat pendidik awal daripada datuknya, Salleh (Tok Leh) dalam
pelajaran membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis.
Datuknya
adalah seorang yang lebai, warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama
untuk panduan hidup, seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi
peraturan-peraturan agama dan gemar berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan
Allah.
Di
samping itu, nenek perempuan tirinya, Tok Mek Ngah turut memberikan pendidikan
yang baik kepadanya termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak
disajikan.
Menurutnya
pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa akibat yang buruk
dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat.
Kecenderungan
Tok Kenali dalam pelajaran adalah nyata sejak kecil lagi. Perasaan ingin maju
dan ingin tahu adalah meluap-luap di dadanya. Dalam tempoh yang pendek dia
telah dapat mengkhatami pembacaan kitab suci Al-Quran dan dapat menulis dengan
baik.
Kerana
itu tidaklah hairan mengapa dia telah dipilih oleh penggawa daerahnya untuk
menjadi seorang kerani sebagai pembantunya dalam mengira dan menguruskan
hasil-hasil tanaman dan kebun di kawasan tersebut sewaktu dia berusia antara
tujuh ke lapan tahun.
Sewaktu
berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil
langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang
ditujunya ialah ke Masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang guru
agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri Kelantan menyambung
pelajaran mereka ke sini.
Antara
pengajian yang diikuti ialah pelajaran bahasa Arab, nahu, saraf juga
pengetahuan agama.
Sekitar
masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.
Dalam
masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan Ismail (ayahanda
Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud)
Beliau
belajar bersama-sama Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan Kelantan”’
Selain itu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, Penambang (Mufti
kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan
kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.
Sebagai
seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan
pelajaran ke Mekah.
Tok
Kenali mendalami ilmu di Makkah selama 22 tahun bermula 1887 sehingga 1909. Di
Makkah Tok Kenali mendalami pengajian tatabahasa Arab, ilmu feqah, tauhid,
tasawuf dan tafsir Al-Quran.
Rencana berkaitan:
No comments:
Post a Comment