
Pokok Geli-geli, gali-gali atau nyambing ialah sejenis tumbuhan herba. Pucuk mudanya boleh dibuat ulam dengan merebusnya dan dicicah dengan sambal belacan budu dan cencalok atau cecahan yang lain. Rasanya lemak sedap seakan-akan rasa asparagus.
Perhatian perlu diberikan kerana daun geli-geli
mengandungi sedikit toksid dan perlu direbus sehingga masak dahulu jika ingin
dimakan dan tidak boleh dimakan mentah.
Daun pokok geli-geli bentuknya bercabang-cabang dan
batang pokok geli-geli berduri. Pokok geli-geli tak gatal.
Bahagian pokok geli-geli yang boleh dimakan atau
dibuat sayur ialah bahagian pucuk mudanya. Cara untuk dibuat sayur adalah
seperti sayur-sayur yang lain seperti sawi, kangkung dan bayam.
Pokok geli-geli tumbuh di tanah berpaya atau di tepi-tepi
sungai dan alur. Maksudnya tanah yang agak basah. Pokok geli-geli mempunyai
struktur yang kasar dan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu isi atau batang,
pelepah dan daun.
Pokok geli-geli mempunyai akar yang kasar dan akar
yang beserabut halus. Batangnya menjulur di dalam tanah yang berpaya dan di
bahagian-bahagian yang tertentu mengeluarkan pokok geli-geli.
Pada kebiasaannya pokok geli-geli mempunyai batang
atau isi hanya sebesar ibu jari tangan. Pokok geli-geli tumbuh bertempat satu
kumpulan dan kadang-kadang sepokok sahaja.
Pokok ini mempunyai khasiat yang tersendiri untuk
perubatan tradisional seperti baik untuk buah pinggang dan merawat gout.
Khasiat pokok geli-geli untuk pesakit buah pinggang:
- Ambil ubi pokok geli geli, cuci bersih
dan dipotong nipis. Basuh sampai bersih. Dijemur sehingga kering.
- Bila dah kering, ambil secekak dan rebus
dengan 2 liter air sehingga mendidih. Sampai tinggal agak seliter. Angkat dan
biarkan ia suam.
- Amalkan minum setiap hari dua kali. Insya-Allah
sakit buah pinggang dan sakit sakit yang lain akan beransur sembuh.
Dapatkan ubi geli-geli secara dalam talian
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/7fTG7k1tJJ?share_channel_code=1.
- https://s.shopee.com.my/qcvzECKEm?share_channel_code=1
- https://s.shopee.com.my/4q94kf0e8Y?share_channel_code=1
Di TikTok
- https://vt.tiktok.com/ZSHEMPjbpukrk-Mi1KC/
- https://vt.tiktok.com/ZSHEMPf2rH7Fd-7sv9L/


No comments:
Post a Comment