Eastern & Oriental Express Limited (E&O) beroperasi
di banyak negara di seluruh dunia. Perkhidmatan E&O adalah kereta api mewah
berstatus lima bintang atau dipanggil juga hotel mewah di atas kereta api. Dilihat
dari luar, gerabaknya hanya seperti gerobak penumpang biasa, tetapi apabila
berada di dalamnya, memang menakjubkan untuk satu kemewahan di dalam kereta
api.
Perjalanan sulung di Malaysia ialah pada 1993 yang bermula
di Bangkok, Thailand, melalui landasan di Malaysia dari Padang Besar sehingga
ke Johor Baharu semula menamakan perjalanan di Singapura. Perkhidmatan ini
pernah digantung selama empat tahun akibat Covid-19 dan kembali beroperasi pada
awal 2024.
Sasaran penumpang E&O adalah pelancong dari Eropah dan
Amerika Syarikat yang ingin menikmati perjalanan mewah di atas kereta api. Reka
bentuk hiasan dalaman di dalam gerbak memang berstatus amat mewah yang
menyediakan keselesaan kepada setiap penumpang.
E&O bukan sahaja menyediakan ruang santai, bilik tidur
dan ruang makan mewah, bahkan ada perkhidmatan spa turut disediakan. Di
bahagian gerabak paling belakang memberi peluang kepada penumpang menikmati
pemandangan hampir 360 darjah, seakan-akan berada di atas gerabak terbuka.
Operasi E&O dikendalikan oleh syarikat berkenaan sendiri
dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan kepala kereta
api (lokomotif) untuk menarik gerabak dan urusan lain berkaitan perjalanan ke
satu-satu destinasi yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment