Nasi kerabu kosong. Itu
istilah merujuk kepada nasi kerabu yang tiada lauk, tetapi ada bahan asas yang
layak dipanggil nasi kerabu dan boleh dimakan tanpa perlu ada tambahan bahan
lain. Nasi kerabu kosong boleh dianggap sebagai nasi kerabu asli.
Nasi kerabu makanan
tradisional popular di Kelantan. Dinamakan nasi kerabu kerana antara
ramuan utama ialah hirisan sayur dan ulam seperti daun samak, serai, timun
batang, salad, kesum, dan pelbagai jenis ulam lain mengikut cita rasa
masing-masing.
Turut dijadikan perisa
dalam penyediaan nasi kerabu ialah sambal kelapa yang digoreng, tumis dan budu.
Asalnya nasi kerabu
dianggap satu menu ketika ketiadaan lauk. Satu lagi yang menarik nasi kerabu
pada masa dahulu ialah warna nasi kebiruan yang dihasil menggunakan warna bunga
telang atau menjadi hijau pekat jika menggunakan daun mengkudu.
Namun, sekarang ini nasi
kerabu bukan calang-calang makanan. Macam-macam jenis tambahan lauk untuk
menyedapkan rasa. Nasi kerabu sudah menjadi manu mewah.
Pada peringkat awal penambahan
ialah ikan celup tepung goreng. Itu kira sudah dikira tambahan yang 'mewah'.
Kemudian ada pula yang memasukkan telur masing sebagai penyedap rasa selain
bawang putih jeruk dan solak.
Namun sekarang ini selera
semakin berubah. Yang lebih terkenal dan menjadi syarat melariskan jualan nasi
kerabu ialah mesti ada daging lembu atau daging ayam bakar.
Malah, sekarang sudah banyak yang menawarkan daging kambing bakar sebagai lauk dimakan bersama nasi kerabu. Harganya memang kayangan, tetapi banyak yang sanggup berbaris panjang untuk membelinya.
Sebab itu, hidangan nasi
kerabu tidak lagi dianggap untuk menggantikan lauk. Sebaliknya lauk sudah
menjadi sebahagian daripada nasi kerabu. Ia boleh dipanggil nasi kerabu
moden dan yang tidak ada lauk pula adalah nasi kerabu asli.
Malah, sekarang sudah banyak yang menawarkan daging kambing bakar sebagai lauk dimakan bersama nasi kerabu. Harganya memang kayangan, tetapi banyak yang sanggup berbaris panjang untuk membelinya.
No comments:
Post a Comment